Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting di Johor

Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting di Johor

Mersing, 13-15 Mac 2018 - JMG Johor telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting No 1/2018 yang telah berlangsung di Amansari Desaru Hotel, Bandar Penawar.

Seramai 20 orang delegasi Malaysia terlibat dalam mesyuarat ini iaitu 18 orang peserta dari JMG seluruh Malaysia dan 2 orang pensyarah dari UKM iaitu Prof Dr Che Azizi Ali dan Prof Madya Dr Kamal Roslan Mohamed. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Dato’ Haji Za’im bin Haji Abdul Wahab, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh.

Seramai 10 orang delegasi Thailand telah menyertai mesyuarat ini yang diketuai oleh Mr Chaiporn Siripornpibul, Special Expert on International Cooperation, Department of Mineral Resources.

Semua peserta turut dibawa untuk melawat ke Tanjung Balau dan beberapa cadangan geotapak untuk Mersing Geopark antaranya Tanjung Penyabong, Tanjung Leman, Tanjung Kempit, dan Batu Chawang. Peluang di lapangan bersama pakar-pakar dari dalam dan luar negara telah digunakan dengan baik oleh pegawai-pegawai dari JMG Johor untuk mendapatkan pandangan dan pendapat teknikal berkenaan geologi di setiap geotapak yang dilawati.

Selain itu, terdapat penemuan awal fosil radiolaria dari batuan Formasi Mersing semasa lawatan tapak dibuat. Melalui penemuan ini, pihak JMG Johor telah mengambil sampel batuan untuk dibuat keratan nipis sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Walaubagaimanapun, diharapkan penemuan ini dapat membantu dan menyumbang maklumat dalam usaha penentuan umur yang jelas bagi Formasi Mersing.

Akhir kata, pihak JMG Johor menghargai peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak jabatan untuk mengendalikan program ini dan amat berbesar hati jika diberi peluang yang sebegini pada masa akan datang.

Sumbangan artikel : Puan Arda Anasha binti Jamil

Written by : asrul