KOTA BELUD, SABAH (28 FEBRUARI 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan setinggi Tahniah dan syabas buat penganjur Perasmian Telaga Tiub di Kota Belud dan kepada semua kakitangan JMG Sabah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Tuan Pengarah JMG Sabah berasa syukur dan terima kasih buat semua warga JMG Sabah atas kerjasama secara pasukan dalam persediaan awal hingga tamatnya majlis perasmian tersebut yang melibatkan menteri-menteri Sabah. Terdapat dua kawasan di Kota Belud telah dibuat majlis perasmiannya iaitu Kg Timbang Dayang, Kota Belud pada 23 Februari 2018 dan Kg. Dudar, Kota Belud pada 27 Februari 2018.