KOTA KINABALU, SABAH (27 Februari 2018) : Selasa, 8.00 pagi. Satu mesyuarat bagi memperincikan skop kerja dan kewangan bagi pembinaan telaga air tanah di bawah peruntukan NAWABS Fasa 2 Bil. 1/2018 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah. Mesyuarat dengan objektif menjalankan kajian dan pembangunan sistem water balance (NAWABS) bagi pengurusan sumber air negara bagi memperkasakan risikan dan maklumat sumber air serta mengoptimumkan pengagihan sumber air berlangsung pada 27 dan 28 Februari 2018. Mesyuarat juga menjuruskan dalam membina keupayaan semua pihak berkepentingan untuk membolehkan penglibatan dan kolaborasi yang berkesan dalam tadbir urus sumber air negara.
Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Pengarah Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi (PPO) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, En. Nazan bin Awang dan Ir Hj. Razali bin Husain, Tim. Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini antaranya Datuk Ir Hj. Yahiya Awang Kahar, Pengarah JPS Sabah Dan disertai oleh Pegawai-pegawai JMG Negeri terlibat dan Pegawai-pegawai JPS.
Dalam mesyuarat ini, JMG Sabah diwakili oleh Pn. Jenneth Cyril (Pegawai Geosains C48) dan En. Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains C44) dengan membentangkan kertas kerja Projek Lembangan Sungai Padas.
http://blog.jmg.gov.my/program-pembangunan-water-balance-bagi-pengurusan-sumber-air-negara-fasa-2-,-national-waterbalance-management-system-nawabs#sigProIda099b51919