MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI DUA ORANG PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI DUA ORANG PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

KOTA KINABALU, SABAH (11 APRIL 2018) : RABU, satu majlis ringkas bagi menutup dan menyampaikan sijil kepada dua orang pelajar Latihan Industri telah dibuat oleh Unit Pengurusan Maklumat di bilik ICT pada pagi ini. Sijil telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah JMG Sabah) kepada pelajar tersebut.

Pelajar-pelajar tersebut adalah Cik Norven binti Razali pelajar dari Politeknik Kuching dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) dan En. Samat bin Abdul Rahim pelajar dari Universiti Teknologi Petronas dalam bidang Geologi ( Sarjana Muda). Sedikit nasihat daripada Tn. Hj. Abdul Kadir buat mereka berdua adalah "Jangan pernah tinggal solat", samada solat 5 waktu, solat dhuha dan solat tahajjud. Minta dan bermohon kepada Allah kerana semuanya datang daripada DIA, demikian lah salah satu nasihat utama Timbalan Pengarah JMG Sabah kepada pelajar-pelajar tersebut. Selain itu banyak lagi nasihat yang telah beliau sampaikan.

Pelajar-pelajar tersebut juga diberikan peluang untuk mengucapkan sepatah dua kata. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih buat KUPM Sabah En. Eddie Affandy kerana telah memilih mereka untuk menjalani latihan industri di JMG Sabah. Ucapan terima kasih juga daripada mereka buat semua kakitangan UPM yang banyak membantu serta kepada penyelia-penyelia mereka semasa berada dalam latihan di JMG Sabah.

Sumber foto : En. Peter Suking

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2018-04-11-04-01-31#sigProId9ace36f65e

Written by : Suriani Ramlee