BENGKEL UNESCO GLOBAL GEOPARK: ASPIRING KINABALU GEOPARK

BENGKEL UNESCO GLOBAL GEOPARK: ASPIRING KINABALU GEOPARK

KUNDASANG, SABAH (13 APRIL 2018) : JUMAAT. "Bengkel UNESCO Global Geopark: Aspiring Kinabalu Geopark" yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 April 2018 telah diadakan di Taman Kinabalu, Kundasang. Bengkel yang diadakan tersebut adalah merupakan anjuran Taman-Taman Sabah dan telah dirasmikan oleh En. Ludi Apin , Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah. Bengkel ini telah disampaikan oleh empat orang fasilitator iaitu Prof. Emeritus Dato 'Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Che Aziz, Prof. Dr. Felix Tongkul dan Dr. Dana Badang dari Jawatankuasa Pelaksanaan Geopark Kebangsaan Malaysia.

Sekitar 3,500 kilometer persegi yang melibatkan daerah Ranau, Kota Marudu dan Kota Belud dijangka diisytiharkan sebagai Geopark Kebangsaan pada tahun ini. Komponen utama yang dipecahkan kepada tiga bahagian (geologi, biologi dan kebudayaan) adalah perlu dalam perbincangan bengkel ini untuk menentukan lokasi cadangan geotapak demi memastikan aspirasi kerajaan Negeri dan Persekutuan mengisytiharkan Taman Kinabalu dan sekitarnya sebagai Unesco Global Geopark menjelang 2020.

 

Pengisytiharan Kinabalu Geopark sebagai Unesco Global Geopark antara lain bertujuan untuk menaikkan lagi imej negara pada peringkat antarabangsa umumnya dan dapat meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi rakyat Sabah khususnya.

 

Pihak yang terlibat dalam menjayakan aspirasi ini ialah Taman-Taman Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Pertanian, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Pejabat Daerah Ranau, Kota Marudu dan Kota Belud, Lembaga Kebudayaan Sabah, Lembaga Pelancongan Sabah dan Jabatan Muzium Sabah.

 

Seramai lapan orang kakitangan JMG Sabah yang terlibat menghadiri bengkel tersebut iaitu Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah), En. Paulius Godwin@Paulus (Ketua Unit Geosains), Pn. Jenneth@Liliana Cyril (Ketua Sub Unit Geokhidmat), En. Farid bin Zainudin (Ketua Aktiviti Geologi Warisan), En. Mison Ajum (Pegawai Geosains C41), En. Jolouis@Mujahid Supilin (Pembantu Geosains Kanan C26), En. Kassim bin Jusrin (Pembantu Geosains Kanan C22) dan En. Herorisan bin Paruka (Pembantu Geosains C19).

 

Sumber media:- http://dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=124076

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2018-04-16-09-45-54#sigProIdad2830e329

 

Written by : HERORISAN