SELAMAT BERSARA PN. MARGARET CHONG

SELAMAT BERSARA PN. MARGARET CHONG

KOTA KINABALU, SABAH (17 APRIL 2018) : SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan setinggi Terima Kasih buat Pn. Margaret Chong atas sumbangan bakti beliau selama bertugas di JMG Sabah. Hari ini merupakan tarikh terakhir beliau berkhidmat di JMG Sabah dan bermulanya pra-persaraan Pn. Margaret Chong sebagai Pembantu Tadbir N22, beliau akan bersara wajib pada 17.07.2018 pada usia 60 tahun.

Beliau mula berkhidmat dengan kerajaan pada tahun 1982. 36 tahun menyumbang bakti, tenaga dan buah fikiran, JMG Sabah amat menghargai sumbangan beliau itu, namun sudah tiba masanya untuk beliau mengundurkan diri dalam perkhidmatan. JMG Sabah amat terasa kehilangan lagi seorang kakitangan yang berwibawa.

JMG Sabah mengucapkan Selamat Bersara buat Pn. Margaret Chong dengan harapan agar Pn. Margaret Chong sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan menikmati hari persaraan dengan kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Sumber foto : En. Jeffery Paping

MargaretC1

Print Finger yang terakhir dalam perkhidmatan awam khasnya JMG Sabah buat Pn. Margaret Chong

MargaretC2

Abadikan kenangan bersama rakan-rakan sejawat di Unit Pentadbiran dan Kewangan JMG Sabah

 

Written by : Suriani Ramlee