LAWATAN PENGARAH JMG JOHOR KE KUARI DI JOHOR BAHRU BAGI MEMANTAU AKTIVITI PELETUPAN

LAWATAN PENGARAH JMG JOHOR KE KUARI DI JOHOR BAHRU BAGI MEMANTAU AKTIVITI PELETUPAN

Johor Bahru, 22 Julai 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs Tuan Haji Noorazhar Ngatimin bersama En Mohammad Sufee dan En Sivalingam memantau aktiviti peletupan terkawal di salah sebuah kawasan pembangunan sekitar Johor Bahru. Letupan terkawal (‘Controlled blasting’) merupakan salah satu teknik peletupan yang digunakan bagi mengawal aktiviti peletupan yang dibuat dengan mengurangkan penggunaan bahan letupan bagi mengurangkan kesan getaran ke atas tanah atau batu yang dipecahkan sekadar untuk membelah atau memecah atau meretakkan batu berkenaan.

Letupan terkawal ini biasanya digunakan bagi memecahkan bungkah-bungkah batuan khususnya di kawasan pembangunan. Semasa pemantauan di lapangan, tiada kesan getaran direkodkan pada radius 150m.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul