MESYUARAT STATISTIK MINERAL NEGERI BIL.1/2024

MESYUARAT STATISTIK MINERAL NEGERI BIL.1/2024
MESYUARAT STATISTIK MINERAL NEGERI BIL.1/2024
 
IPOH, 22 JULAI 2024 – Mesyuarat Statistik Mineral Negeri Bil.1/2024 telah diadakan pada 22 - 24 Julai 2024 di Ipoh, Perak bagi memurnikan dan membuat verifikasi data bagi laporan-laporan mineral negeri serta perbincangan isu-isu berkaitan mineral.
 
Mesyuarat tahunan Cawangan Ekonomi Mineral ini telah dipengerusikan oleh En. Yusari bin Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral dan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Cawangan Ekonomi Mineral dan semua pegawai statistik mineral negeri JMG seluruh negara.
 
Empat laporan sumber mineral telah dibentangkan dalam mesyuarat ini untuk verifikasi dan pemurnian iaitu Laporan Mineral Perindustrian (IMP), Laporan Produk Berasaskan Mineral (MBI) serta Ringkasan Perangka Lombong Bulanan (RPLB) dan Perangkaan Kuari Bulanan (PKB).
 
Data-data daripada laporan ini adalah penting bagi penerbitan laporan-laporan tahunan mineral JMG bagi menentukan prestasi industri mineral negara yang akan digunapakai oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Bank Negara Malaysia, MIDA dan pemegang taruh berkaitan mineral yang lain.
 
Data-data ini juga adalah penting untuk pengiraan KDNK Mineral Negara, perancangan insentif bagi pengusaha mineral di Malaysia serta menjana ekosistem industri mineral negara.
 
 

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my