Pada 25 hingga 28 Jun 2013 yang lalu, satu bengkel Asean Minerals Database and Information System telah diadakan di Harris Resort Hotel, Kuta Beach, Bali, Indonesia. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Center for Geological Resources, Geological Agency, Ministry of Energy and Mineral Resources of the Republic of Indonesia dan ditaja oleh Geological Survey of Japan, AIST.
Ceramah Agama Di JMG NSM
Pada 14 Jun 2013 yang lepas, satu Ceramah Agama telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG NSM. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri bin Dewa dari Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.
Latihan Pengendalian Dan Penyelenggaraan Relau
PPM, 2 Julai 3 – Seksyen Silika PPM telah menjemput seorang pakar iaitu En. Mohd Fazel bin Ahmad dari MK Four Workspoint, yang berpengalaman dalam kerja-kerja penyelengaraan relau untuk berkongsi ilmu bersama-sama pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan JMG bagi memberi pendedahan terutamanya kepada kakitangan yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan relau.
Latihan Teknikal Ke Adtec, Taiping
PPM, 3 Julai 2013 - PPM telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Taiping. Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari teknologi-teknologi yang terdapat di Jabatan Bahan Termaju yang terdiri daripada bidang komposit, seramik dan polimer. Seramai 15 orang kakitangan PPM telah mengikuti lawatan ini dan telah dibawa melawat ke makmal-makmal yang terdapat di Jabatan ini.
Program Motivasi Kesihatan, Pekerja Sihat Pekerja Gemilang
Program Motivasi Kesihatan bertemakan Pekerja Sihat Pekerja Gemilang telah diadakan pada 3 Julai 2013 di Bilik Mesyuarat Nilam, Lantai 22, Ibu Pejabat. Program anjuran Unit Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dan dikendalikan oleh En. Ahmad Salleh, seorang perunding kesihatan dan pakar motivasi selaku CEO, ADA GLOBAL Sdn. Bhd., telah mendapat sambutan dan penglibatan daripada kakitangan Jabatan yang turut sama berkongsi pandangan serta nasihat semasa program ini berlangsung.