Pada 8 Februari 2013 KSKPPM, melalui Biro HAWA telah mengadakan pertandingan menyediakan kerabu dan sandwich. Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai oleh dua orang peserta. Pertandingan ini juga telah berlangsung pada waktu rehat pukul 12.15 tghr hingga 2.45 ptg. Sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan ini.
Mesyuarat dan Lawatan Pasukan Kerja A- Thorium-MOSTI/ANM di PPM
Pada 4 dan 5 Februari 2013, Jawatankuasa Kerja (A) dan Jawatankuasa Thorium Bagi Kajian Penggunaan Thorium Sebagai Bahan Asas Dalam Proses Penjanaan Tenaga Nuklear telah bermesyuarat di PPM dan seterusnya mengadakan lawatan teknikal ke kompleks JMG, Ipoh. Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengkaji penggunaan thorium sebagai bahan asas dalam proses penjanaan tenaga nuklear di Malaysia. Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dari pelbagai bidang termasuk teknologi nuklear, kuasa nuklear, kawalseliaan nuklear, radiobiologi, fizik, perundangan, ekonomi dan geologi serta wakil dari pihak industri. PPM amat berbesar hati menerima tetamu-tetamu ini.
Kejohanan Bowling Tertutup JMG Johor 2013
Johor Bahru - Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Johor telah mengadakan Kejohanan Bowling Tertutup JMG Johor 2013 pada 5 Februari 2013. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim dan seterusnya mengenalpasti bakat serta menggalakkan semangat bersukan di kalangan kakitangan. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi telah merasmikan kejohanan tersebut yang diadakan di Danga City Mall. Kejohanan tahun ke-3 ini telah disertai oleh 35 orang kakitangan JMG Johor dan menyaksikan penyertaan paling ramai berbanding kejohanan terdahulu.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
KESMiG - Kejohanan Bowling Beregu Campuran JMG NS/M
Seremban Parade, Khamis (07 Februari 2013) : Kelab Sukan dan Kebajikan JMG NS/M (KESMiG) telah menganjurkan Kejohanan Bowling Bergu Campuran tertutup JMG NS/M. Sejumlah 16 pasangan telah menyertai kejohanan ini. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengarah JMG NS/M. Pertandingan ini telah dijalankan dalam suasana yang harmonis. Bermacam-macam gaya balingan dapat diperhatikan yang membuatkan suasana riuh dengan gelak-tawa. Keputusannya pasangan En Mohd. Nizam Noordin & Puan Nurulhuda Ismail (Pertama) , En. Azree Abu Bakar & En. Esa Abd. Rahman (Kedua) , Jefri Mohamad & Zamani Saidin (ketiga) manakala kategori perseorangan En Nizam Noordin ( lelaki ) & Norhasyikin ( Perempuan ).
Muzium Geologi : Bakal Inspektor Kesihatan Dari Uitm P.Pinang
Ipoh 17 Jan 2013, satu rombongan sambil belajar dari Uitm P.Pinang telah melawat ke Muzium Geologi Ipoh. Para peserta merupakan pelajar dari jurusan Sains Bersekutu yang mengambil Diploma Kesihatan Persekitran. Pelajar yang telah berjaya menamatkan pelajaran bakal menjadi Inspektor Kesihatan