Perhimpunan bulanan bilangan 1/2013 telah diadakan pada 17 Januari 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Johor yang telah dihadiri oleh seramai 37 orang kakitangan. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi dalam perutusannya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan JMG Johor kerana telah dapat melaksanakan semua program dan aktiviti yang dirancangkan bagi tahun 2012. Beliau berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun 2013. Tuan Pengarah juga mengingatkan semua warga JMG Johor agar mengutamakan penjagaan kesihatan diri masing-masing. Warga JMG Johor diminta membacakan Al-Fatihah khusus untuk arwah En. Yusof Ismail (mantan Pengarah Kajibumi Johor) yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Disember 2012.
PENGARAH JMG KPP TERIMA PINGAT B.C.K
Seluruh warga JMG KPP mengucapkan tahniah! kepada Tuan Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Tuan Haji Zainol Bin Husin yang telah dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Kebaktian (B.C.K) sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85 pada tarikh 20 Januari 2013 yang lalu.
Disediakan oleh : Pn. Salasiah Bajuri
Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil
Badan Kebajikan dan Kakitangan Islam JMG Sabah (BKKI JMG Sabah) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil pada Jumaat, 6 Rabiulawal 1434H bersamaan 18 Januari 2013. Tujuan majlis ini diadakan adalah dengan niat mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita yang telah meninggal dunia. Bertempat di Bilik Mesyuarat Nephite Jabatan, majlis dimulakan pada jam 2.30 petang. Bacaan Yassin diketuai oleh Hj. Kamil Kamarudin, Penolong Bendahari BKKI. Satu tazkirah ringkas disampaikan oleh Hj. Kamaruddan Abdullah, Pemangku Pengerusi BKKI sebelum majlis diakhiri dengan jamuan ringan. Majlis berakhir pada jam 3.30 petang.
JABATAN ANJUR LAWATAN KE KILANG AIR MINERAL SERTA PROJEK KOPI DAN HERBA
Sik, 13 Januari 2013 – Unit Geosains JMG KPP telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke kilang pemprosesan air mineral keluaran KEDA Agrobiz Sdn Bhd di Kampung Charuk Tualang,Sik.