Pusat Penyelidikan Mineral, di bawah Seksyen Teknologi Berasaskan Batuan telah Berjaya dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 bagi Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi setelah di audit pada 29 dan 30 November 2012. Pengumuman ini telah dibuat oleh Pn. Meena Ragawan pada petang 30 November 2012 sewaktu mesyuarat penutup audit.
MAJLIS JASAMU DIKENANG, KSKPPM
Pada 17 Disember 2012, Kelab Sukan dan Kebajikan PPM di bawah kelolaan Biro Sosial telah berjaya mengadakan MAJLIS JASAMU DIKENANG bertempat di Ballroom, Hotel Heritage, Ipoh. Pesara yang diraikan adalah terdiri dari 4 orang kakitangan PPM iaitu YM. Haji Raja Ahmad bin Raja Ali, Tuan Haji Zolpata bin Abu Sahan, Puan Robaayah binti Hassan dan Encik Tumiran bin Puji.
Hari Terbuka Wisma Persekutuan Kota Bharu
Pada 9 Disember 2012, Wisma Persekutuan Kota Bharu telah mengadakan hari Terbuka Wisma serentak dengan Karnival Koperasi Peringkat Negeri Kelantan dan Sambutan Maal Hijrah 1434H. Majlis dirasmikan oleh Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang turut diserikan dengan acara menyediakan bubur asura dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan badan-badan koperasi. Seperti biasa setiap tahun, JMG Kelantan tidak ketinggalan dalam menyediakan bubur asura yang melibatkan komitmen dari kesemua kakitangan JMG Kelantan.
Sukan KSKBPT : Karom
BPT 12 Dis 2012, Acara kegemaran semua telah diadakan di perkarangan Blok Zamrud dengan meriahnya. Acara yang dimaksudkan ialah acara karom. Pertandingkan ini masih menggunakan peraturan lama iaitu penggunaan papan karom lubang luar. Terdapat 4 papan karom disediakan dan membolehkan 4 pertemuan berjalan secara serentak.
Latihan Hands On Pemotongan dan Pengilapan Batuan di Unit Batu Dimensi
Pada 12 Disember 2012, Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral telah menganjurkan Kursus Hands On di Unit Batu Dimensi. Para peserta kursus ini telah diberi penerangan, pendedahan dan tunjuk ajar cara mengendalikan alat pemotongan batu dan mesin pengilap batu mengikut prosedur yang ditetapkan. Disamping itu, para peserta kursus juga berpeluang mengendalikan mesin tersebut. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh kakitangan Seksyen Teknologi Bahan Batuan yang berpengalaman dalam ujian-ujian fizikal batu dimensi. Di akhir kursus, peserta berpuas hati dengan pendedahan yang diberikan di mana ia merupakan pengalaman baru untuk mereka.