PROGRAM KESEDARAN GEOPARK

PROGRAM KESEDARAN GEOPARK

๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ถ๐‘ป๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘ฒ (๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ด๐‘ท๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘บ ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ ๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต, ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฉ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ) ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘บ๐‘ป๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘ถ๐‘ท๐‘จ๐‘น๐‘ฒ

ย 

Pada 21 Ogos 2024, Seramai 35 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Melintang (SKBM) yang merupakan sekolah angkat Stong Geopark menyertai Program Kesedaran Kepentingan Geotapak (Kompleks Gua Ikan, Dabong) anjuran Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan dengan kerjasama UPEN Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Jeli, Majlis Daerah Dabong dan Geoguide Dabong yang berlangsung di Kompleks Gua Ikan, Gua Keris dan Gua Pagar, Dabong.

Program dimulakan dengan taklimat pengenalan Stong Geopark dan kepentingan geotapak oleh Pegawai Geosains JMG Kelantan, En. Razaidi Shah bin A Kadir. Para pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan beserta Geoguide Dabong dan seterusnya memulakan aktiviti meneroka keunikan Kompleks Gua Ikan untuk mempelajari formasi batuan dan fitur โ€“ fitur menarik yang ada disini. Pelajar juga dibawa ke Gua Keris bagi mempelajari Sejarah penempatan awal yang pernah mendiami tempat itu.

ย 

Pada 26 Ogos pula, seramai 40 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong juga merupakan sekolah angkat Stong Geopark menyertai Program Kesedaran Kepentingan Geotapak anjuran Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Kelantan dengan kerjasama UPEN Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Jeli, Majlis Daerah Jeli dan Geoguide Jeli yang berlangsung di Gunung Reng, Jeli.

ย 

Program ini bertujuan memberi pendidikan awal kepada pelajar-pelajar sekolah tentang Stong Geopark dan Geotapak serta kepentingan memelihara dan memulihara alam dan geologi terutama di dalam wilayah Stong Geopark. Program ini dilihat sangat positif bagi mendidik generasi muda terhadap kepentingan menjaga alam.

Urusetia program mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Batu Melintang dan SMK Dabong dan semua yang terlibat bagi menjayakan program kali ini.

SESI PERKONGSIAN TEKNOLOGI: NATIONAL GOVERNMENT BOOTCAMP 2024

SESI PERKONGSIAN TEKNOLOGI: NATIONAL GOVERNMENT BOOTCAMP 2024
SESI PERKONGSIAN TEKNOLOGI: NATIONAL GOVERNMENT BOOTCAMP 2024
ย 
Pihak Esri Malaysia Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi perkongsian teknologi: National Government Bootcamp 2024 pada 27 Ogos 2024 bertempat di Dash Box Hotel, Cyberjaya, Selangor.
ย 
Tujuan utama sesi ini adalah untuk perkongsian pengalaman dan teknologi oleh pihak ESRI dan agensi-agensi Kerajaan yang lain dalam memanfaatkan teknologi geospatial di dalam pengurusan data dan operasi harian.
ย 
Pembentangan berkenaan dengan MyGEMS telah diadakan oleh Dr P. Geol. Mohamad bin Abd Manap, Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat JMG

SIASATAN GEOLOGI BENCANA TANAH JERLUS DI MASJID INDIA DAN TEMBOK PENAHAN RUNTUH DI TAMAN BUNGA RAYA, KUALA LUMPUR

SIASATAN GEOLOGI BENCANA TANAH JERLUS DI MASJID INDIA DAN TEMBOK PENAHAN RUNTUH DI TAMAN BUNGA RAYA, KUALA LUMPUR
Sekitar Siasatan Geologi Bencana Tanah Jerlus di Masjid India dan Tembok Penahan Runtuh di Taman Bunga Raya, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
ย 
Team Bencana Geologi JMG SWP telah turun ke tapak bersama Datuk Ketua Pengarah JMG dan Pengarah JMG SWP untuk memberikan khidmat kepakaran berkaitan geologi kepada agensi terlibat dalam usaha 'search and rescue' yang dijalankan.
ย 
Penerangan ringkas berkaitan geologi turut diberikan kpd YBM Wilayah Persekutuan, YB Dr. Zaliha Bt. Mustafa dan pihak berkaitan.
ย 
Marilah bersama kita berdoa supaya misi pencarian dipermudahkan.
ย 
Secara umumnya, JMG sentiasa memberi penekanan supaya pembangunan hendaklah beradaptasi dengan alam sekitar, dan bukan melawan alam sekitar. Pada masa sama, aspek 'Disaster Risk Reduction' hendaklah diamalkan dalam setiap inci pembangunan di Malaysia.

Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu

Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu

Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu

Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu dipengerusikan YBhg. Datuk Ketua Pengarah JMG Malaysia telah diadakan dengan jayanya di Raia Hotel & Convention Center Terengganu pada 22 Ogos 2024 diurusetiakan Bina Pragmatik Sdn Bhd. Terima kasih di atas segala input/maklumbalas yang konstruktif yang diterima daripada peserta URS kali ini.
ย 
ย 
ย