Johor Bahru, 08 Ogos 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 08/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nur Syahidatul Zubaida binti Abilah @ Abdillah diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Shazwan Zainie bin Zainal dan bacaan ikrar oleh Encik Syed Sobri bin Syed Hassan. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA AKADEMI SAINS CHINA
SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA AKADEMI SAINS CHINA
PUTRAJAYA, 9 OGOS 2024 (JUMAAT) – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Akademi Sains China di Ibu Pejabat JMG. Sesi perbincangan yang dianjurkan oleh Cawangan Ekonomi Mineral ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk P.Geol Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Akademi Sains China dan Profesor Jiang Biao, seorang pakar mineralogi dari Akademi Sains China.
Sesi ini turut dihadiri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) serta pegawai sumber mineral dari JMG negeri.
Pertemuan ini membincangkan mengenai potensi kerjasama antara Malaysia dan China dalam pembangunan Industri Nadir Bumi (REE) Negara. Sesi ini turut memberi pendedahan kepada pegawai JMG berkaitan teknologi terkini dalam perlombongan dan pemprosesan REE. Pengetahuan yang dikongsi semasa mesyuarat ini akan memainkan peranan penting dalam pembangunan Dasar REE Malaysia bagi memastikan negara kekal di hadapan dalam industri mineral kritikal ini.
SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA NATIONAL INSTITUTE OF STANDARD INDUSTRY & TECHNOLOGY (NISIT), PAPUA NEW GUINEA (PNG) DAN NATIONAL METROLOGI INSTITUTE OF MALAYSIA (NMIM), SIRIM
SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA NATIONAL INSTITUTE OF STANDARD INDUSTRY & TECHNOLOGY (NISIT), PAPUA NEW GUINEA (PNG) DAN NATIONAL METROLOGI INSTITUTE OF MALAYSIA (NMIM), SIRIM
PUTRAJAYA, 9 OGOS 2024 (JUMAAT) - Satu sesi perbincangan telah dianjurkan oleh Cawangan Ekonomi Mineral antara JMG dan National Institute of Standard Industry & Technology (NISIT), Papua New Guinea dan National Metrology Institute of Malaysia (NMIM), SIRIM yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Tn. Hj. Mat Niza bin Abdul Rahman, Pengarah Cawangan Perancangan Dan Pengurusan, JMG Malaysia di Ibu Pejabat JMG. Sesi ini telah membincangkan berkaitan industri mineral emas di Malaysia.
Sesi yang turut dihadiri oleh wakil-wakil dari BMG, NRES dan pegawai-pegawai Cawangan Ekonomi Mineral telah memberi pendedahan kepada pihak NISIT dan NMIM berkaitan maklumat infrastruktur industri mineral emas dari peringkat eksplorasi hingga pengeluaran termasuk prosedur pelesenan melombong emas, dasar dan polisi mineral, kaedah penilaian kuantiti dan kualiti emas yang digunapakai dan dilaksanakan di Malaysia.
Lawatan Kerja JMG ke Lynas
KUANTAN, 7 Ogos 2024: Hari ini telah diadakan lawatan kerja ke Lynas Kuantan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai Jabatan Mineral Dan Geosains dari pelbagai negeri termasuk juga pegawai-pegawai dari Core Group REE. Mereka yang hadir adalah Timbalan Pengarah JMG Pahang selaku penganjur, En. Shaari, Pengarah JMG Kelantan, En. Zaidi Daud, Pengarah JMG Terengganu, En. Hamlee, Pengarah JMG Perak. Tn. Hj. Nizarulikram Abdul Rahim dan En. Jaitish John dari JMG Sarawak.
SESI PEMBENTANGAN TEKNOLOGI TERKINI DARIPADA ALLTERRA (M) SDN. BHD. KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
SESI PEMBENTANGAN TEKNOLOGI TERKINI DARIPADA ALLTERRA (M) SDN. BHD. KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat JMG telah menganjurkan sesi pembentangan teknologi terkini yang disampaikan oleh wakil dari AllTerra (M) Sdn. Bhd. Pada 8 Ogos 2024 bertempat di bilik mesyuarat garnet.
Syarikat ini merupakan pembekal dan pengedar yang bertauliah bagi produk Trimble.