AUDIT LUAR MS ISO/IEC 17025:2017

AUDIT LUAR MS ISO/IEC 17025:2017

KUANTAN, 2 Julai 2024: Makmal Geokimia Kuantan telah menerima kunjungan Pegawai-pegawai dari Jabatan Standard Malaysia bagi menjalankan Audit Luar (External Audit (surveillance)) MS ISO/IEC 17025:2017 untuk tahun 2024. Para Pegawai Audit ini terdiri daripada ChM. Nur Hidayah Binti Faridul Amini selaku Ketua Audit dan ChM. Dr. Linda Ng Yian Yian selaku Pegawai Audit Teknikal. Program Audit Luar (External Audit (Surveillance)) ini perlu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun sekali dan ianya adalah salah satu element penting bagi pengekalan sijil akreaditasi MS ISO IEC 17025:2017.

KURSUS 'CAPACITY BUILDING OF ENERGY RESOURCES GOVERNANCE INITIATIVE (ERGI)'

KURSUS 'CAPACITY BUILDING OF ENERGY RESOURCES GOVERNANCE INITIATIVE (ERGI)'
KURSUS 'CAPACITY BUILDING OF ENERGY RESOURCES GOVERNANCE INITIATIVE (ERGI)'
 
NEVADA, 29 Jun 2024 - Kursus 'Capasity Building of Energy Resources Governance Initiative (ERGI) telah diadakan di ERGI Academy, University of Nevada, Reno, Nevada, Amerika Syarikat. Seramai enam peserta dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah dipilih untuk menghadiri kursus tersebut.
 
 
Mereka ialah En. Yusari Basiran (selaku Ketua Delegasi) dan En. Salehuddin Mohamad dari ibu pejabat JMG, En. Muhammad Izani Abu Samah (NRES), En. Mahat Sibun (JMG Perak), En. Mohd Zahar Ibrahim (Bahagian Perkhidmatan Teknikal) dan Ts. Muhammad Afiq Afandi Abdul Aziz (Pusat Penyelidikan Mineral).
 
Kedatangan delegasi disambut oleh Prof. Manoj K. Mohanty, Pengarah ERGI Academy, University of Nevada. Delegasi JMG telah membentang slide mengenai perlombongan di Malaysia di dalam satu sesi pembukaan di hadapan Pengarah ERGI Academy serta beberapa penceramah lain yang dijemput.
 
Kelas pertama bermula pada hari Isnin, 1 Julai 2024 di mana ceramah telah disampaikan oleh Jurutera Perlombongan Mr. William Warfield. Delegasi juga berpeluang dibawa melawat ke bekas lombong emas terbesar di Nevada yang terletak di Victoria City.
 
 

Audit Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Audit Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Audit Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diadakan pada hari ini di Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
 
Pasukan Juruaudit dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia diketuai oleh En. Mohd Khairul Fitri bin Samsudin dan turut disertai oleh Cik Noor Aini binti Jumiran dan En. Mohd Zaidi bin Noorudin.
 
Audit ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pematuhan dan juga pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perkhidmatan awam.
 
May be an image of 3 people and text
 
May be an image of 5 people, people studying, map and text
 

PROGRAM TAKLIMAT KESEDARAN CERUN AWAM DI KUALA LUMPUR

PROGRAM TAKLIMAT KESEDARAN CERUN AWAM DI KUALA LUMPUR

Pada 19 Mei 2024 , Ahad - JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah terlibat dalam Program Taklimat Kesedaran Cerun Awam di Kuala Lumpur. Taklimat berkenaan pengurusan bahaya dan risiko bencana geologi telah disampaikan oleh P.Geol Qalam A’zad bin Rosle wakil dari JMG Selangor/Wilayah Persekutuan. Selain itu, terdapat juga taklimat berkenaan pengenalan kepada tanah runtuh, sistem pembaikan,pengawasan dan penyelenggaraan cerun untuk orang awam yang disampaikan oleh pihak JKR. Taklimat juga merangkumi berkenaan apa yang komuniti lakukan untuk mengurangkan kemungkinan tanah runtuh telah disampaikan oleh Ms Eriko Motoyama dari Slope watch.

PENILAIAN BAHAYA RISIKO DAN ASPEK KONSERVASI LALUAN PENDAKIAN DI BUKIT TABUR, PERMATANG KUARZA, GOMBAK, SELANGOR

PENILAIAN BAHAYA RISIKO DAN ASPEK KONSERVASI LALUAN PENDAKIAN DI BUKIT TABUR, PERMATANG KUARZA, GOMBAK, SELANGOR
24 JUN 2024 – Pihak JMG telah dijemput oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) untuk menyertai lawatan kerja untuk merangka pengurusan strategik bertujuan pembukaan semula laluan pendakian di Bukit Tabur, Permatang Kuarza Gombak. Lawatan ini turut disertai oleh rakan strategik iaitu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Selangor (MOTAC), Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), BOMBA, PDRM dan Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Selangor.
Pihak JMG diketuai pengarah negeri Selangor, P.Geol. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed telah melaksanakan penilaian awal terhadap laluan mendaki yang dicirikan oleh kepelbagaian bentuk dan sifat geologi seperti ‘residual soil, colluvium, vertical quartz cliff’ dan mineral kuarza yang dapat dilihat sepanjang laluan tersebut. Pihak JMG juga telah memberikan penerangan kepada pihak perhutanan, malim gunung dan rakan agensi yang terlibat sepanjang laluan tersebut dalam aspek kajibumi dan keselamatan laluan. Kumpulan JMG dianggotai pegawai daripada Geologi Warisan, Hidrogeologi, Sumber Mineral, Geologi Kejuruteraan dan GIS.
Pihak JMG merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak JPNS dan Persatuan Malim Gunung Selangor dalam membantu penilaian keselamatan laluan pendakian. Permatang Kuarza, Gombak merupakan muka bentuk bumi yang terpanjang di Asia, perlu dipelihara dan dihargai oleh masyarakat sebagai warisan berharga yang ada di bumi Malaysia bertuah ini.