LAWATAN GEOPARK PASUKAN JMGSWP BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

LAWATAN GEOPARK PASUKAN JMGSWP BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

SELANGOR, 12 JUN 2024 - Pasukan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan yang diketuai P.Geol En. Iszaynuddin Abd. Hamid membantu dalam program lawatan lapangan pelajar Tahun 3, Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan atas seliaan Dr. Hafzan Eva binti Mansor dan Prof. Madya Dr. Mohammad Muqtada Ali Khan, telah melawat beberapa geotapak di Geopark - Hulu Langat. Senarai geotapak yang dilawati adalah singkapan:

  1. Rijang Gombak
  2. Genting Sempah Volcano Complex
  3. Syis Selut, dan
  4. Olistostrom Genting Sempah

Mesyuarat Lembaga Perolehan

Mesyuarat Lembaga Perolehan

Mesyuarat Lembaga Perolehan

PUTRAJAYA, 31 Mei 2024: Pada hari ini, semua ketua-ketua projek JMG berkumpul di Bangunan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Putrajaya untuk menghadiri Mesyuarat Lembaga Perolehan. JMG telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Tn. Hj. Kamaruddan Abdullah. Sebanyak 13 tender telah dibawa ke Lembaga Perolehan untuk diputuskan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Mungkin imej 5 orang

Mungkin imej 12 orang

 

 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5 & 6/2024 BERSERTA SAMBUTAN HARI GAWAI DAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5 & 6/2024 BERSERTA SAMBUTAN HARI GAWAI DAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT JMG JOHOR

Johor Bahru, 09 Jun 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 05 & 06/2024 berserta Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan Peringkat JMG Johor di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Yong Adilah binti Mustafa diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Fariz bin Dzulkapri dan bacaan ikrar oleh Puan Nurzayana Zahira binti Shamsuri. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.

Baca selanjutnya

LAWATAN KE TAPAK PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK DI NEGERI JOHOR

LAWATAN KE TAPAK PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK DI NEGERI JOHOR

Mersing, 03-08 Jun 2024 - Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan lawatan ke Tapak Projek Kajian Potensi Mineral Strategik yang tertumpu di kawasan daerah Mersing, Johor. Para peserta terdiri daripada Pegawai Projek MST dan Ahli Projek MST seluruh Malaysia dari negeri Johor, Kedah, Perak dan Sabah. Seramai 20 Orang pegawai dan kakitangan terlibat dalam program tersebut.

Baca selanjutnya

Majlis Peluncuran Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara, Pembangunan Skim Pensijilan Kemampanan bagi Industri Perlombongan dan Pengkuarian di Malaysia.

Majlis Peluncuran Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara, Pembangunan Skim Pensijilan Kemampanan bagi Industri Perlombongan dan Pengkuarian di Malaysia.

Majlis Peluncuran Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara, Pembangunan Skim Pensijilan Kemampanan bagi Industri Perlombongan dan Pengkuarian di Malaysia.

YBhg. Datuk Haji P. Geol. Zamri bin Ramli telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara, Pembangunan Skim Pensijilan Kemampanan bagi Industri Perlombongan dan Pengkuarian di Malaysia.
 
Projek ini julung kali dijalankan dan menyasarkan kemajuan mengurus tadbir industri perlombongan, pengkuarian dan pemprosesan mineral melalui pembangunan mekanisma pensijilan mampan industri yang berteraskan kepada prinsip SDG dan inisiatif ESG. Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) tahun sehingga tahun 2026, selain perancangan jangka masa sederhana dan panjang turut telah tersedia.
 
Terdahulu dalam majlis yang sama, pengenalan kepada Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara ini telah disampaikan oleh En. Salehuddin bin Mohamad selaku Ketua Projek, selain pasukan profesional ESG diketuai Ts. Raja Shazrin Shah bin Raja Ehsan Shah daripada Galaxy Tech Solutions (KL) Sdn. Bhd. turut diperkenalkan.
 
Majlis Peluncuran Projek SDG ESG Sektor Mineral Negara ini turut dihadiri oleh YBhg.Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, YBhg. Dato’ Nurul Huda bin Romli, Pengarah Cawangan Perkhidmatan Lombong dan Kuari, Timbalan-timbalan Pengarah (Lombong dan Kuari) daripada pejabat-pejabat JMG Negeri dan pegawai-pegawai kanan daripada Ibu Pejabat dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal.
 
Mungkin imej 7 orang, Orang yang belajar dan teks
 
Mungkin imej 4 orang dan teks