MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) ANJURAN JMG

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) ANJURAN JMG

PUTRAJAYA, 14 Mac 2024 - Sepasukan warga JMGSWP yang diketuai oleh Pengarah, Yang Berusaha Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed telah menyertai Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Bil. 3 Tahun 2024 yang dianjur dan dihoskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bertempat di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.3 TAHUN 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.3 TAHUN 2024
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.3 TAHUN 2024
 
Auditorium JAKIM, Pusat Islam Putrajaya
14 Mac 2024 / 03 Ramadhan 1445
 
Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Bil.3 Tahun 2024 telah diadakan di Auditorium JAKIM, Pusat Islam Putrajaya.
 
Majlis telah disempurnakan dengan ucapan dan amanat oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Ketua Setiausaha NRES, Dr Ching Thoo a/l Kim turut memberikan aluan dalam majlis tersebut.
 
Turut hadir, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri NRES, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi dan Pegawai-pegawai kanan di bawah NRES.
 
Suatu slot bicara ilmu disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri bin Abdul Hamid, Pengarah Pengasas, International Institute of Science Diplomacy and Sustainability (IISDS) di UCSI University, Kuala Lumpur. Beliau telah berkongsi ilmu dan pandangan serta pengalaman dengan tajuk ‘Pengembaraan Seorang Alamiah ke Dunia Lestari – Dari Lokal ke Global’ dengan mengupas tentang alam sekitar, khususnya kepelbagaian biologi, perubahan iklim, pencemaran plastic dan SDG.
 
Slot sketsa bertema NR-REE dan MyGEMS sebelum sesi peluncuran keduanya telah memeriahkan suasana dan menjadikan suatu kelainan dalam perhimpunan bulanan ini. Di samping itu, Pelan Strategik Board of Geologist (BOG) juga telah diluncurkan dalam perhimpunan ini.
 
Reruai pameran dengan tema merakyatkan bidang mineral dan geosains juga telah menarik para tetamu yang hadir. Antaranya ialah reruai bagi menganalisa batu permata oleh kakitangan JMG, pelancongan di Negeri Selangor oleh Tourism Selangor serta proses berkaitan perlombongan NR-REE oleh MCRE Berhad.

Lapor diri Pengarah Perancangan dan Pengurusan (PP), Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains

Lapor diri Pengarah Perancangan dan Pengurusan (PP), Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains
Selamat menjalankan tugas sebagai Pengarah Perancangan dan Pengurusan (PP), Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains yang baharu kepada Encik Mat Niza bin Abdul Rahman.
 
Encik Mat Niza telah melapor diri di Ibu Pejabat JMG pada 11 Mac 2024.
 
Seluruh warga Ibu Pejabat JMG ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas. Semoga dengan kepimpinan Encik Mat Niza, kecemerlangan Cawangan PP dan juga jabatan akan terus dipertingkatkan dan diperkukuhkan.