Ipoh, 24 November 2023: Telah di adakan sesi Perkongsian Ilmu secara mingguan kepada pegawai dan kakitangan baru di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Program bertujuan mendedahkan mereka kepada mereka aktiviti sebenar yang terdapat di makmal BPT.
Perkongsian ilmu pada minggu ini bertajuk Jenis Geomineral Dan Teknik Analisis, yang telah disampaikan oleh En. Syarizan Ibrahim, Pegawai Geosains C44 Makmal Mineral Perindustrian.
PEMANTAUAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN WAWASAN, PUCHONG, DAERAH PETALING, SELANGOR
SELANGOR, 17 Disember 2023 - Siasatan Bencana Geologi Tanah Runtuh di Taman Wawasan Puchong.
Pihak JMG memberikan input teknikal berkaitan kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan yang berlaku pada 16 Disember lalu kepada agensi yang berkaitan dan mencadangkan langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil.
PERKONGSIAN ILMU: PERSAMPELAN AIR TANAH DAN ANALISIS KUALITI AIR TANAH
Ipoh, 8 Disember 2023: Telah di adakan sesi Perkongsian Ilmu secara mingguan kepada pegawai dan kakitangan baru di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Program bertujuan mendedahkan mereka kepada mereka aktiviti sebenar yang terdapat di makmal BPT.
Lawatan Kerja ke Taman Eko Rimba Lata Kekabu, Lenggong Perak.
Lawatan Kerja ke Taman Eko Rimba Lata Kekabu, Lenggong Perak.


Ketua Pengarah JMG bersama Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), pegawai-pegawai kanan kementerian, beberapa jabatan dan agensi kerajaan telah melakukan lawatan kerja ke Geopark Lata Kekabu.
Penerangan teknikal tentang TER telah diberikan oleh wakil daripada JPSM dan En. Mat Niza Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JMG Perak memberikan penerangan teknikal berkaitan geotapak Lata Kekabu yang merupakan sebahagian daripada Geopark Lenggong.
Lawatan ini disempurnakan dengan acara penanaman pokok oleh ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil kementerian
Lawatan Kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering
Lawatan Kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering


Ketua Pengarah JMG bersama Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, pegawai-pegawai kanan kementerian, beberapa jabatan dan agensi kerajaan telah melakukan lawatan kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering.
Penerangan teknikal telah diberikan oleh wakil daripada MCRE Resources Sdn. Bhd., operator lombong NR-REE tersebut.
Delegasi telah diberi penerangan tentang setiap proses perlombongan NR-REE yang dijalankan di tapak projek.
Taklimat berkenaan teknik pengekstrakan jerapan ion secara larut resap in-situ (In-Situ Leaching) sehingga ke pemprosesan bijih untuk menghasilkan karbonat lantanida sebagai produk akhir telah diberikan.