Lawatan YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ke Galeri Lenggong Geopark

Lawatan YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ke Galeri Lenggong Geopark
Lawatan YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam ke Galeri Lenggong Geopark
 
📍Lenggong
📆 18 Disember 2023
 
YB Nik Nazmi Nik Ahmad telah melawat Galeri Lenggong Geopark yang merupakan suatu galeri yang amat menarik yang memuatkan penceritaan berkaitan geologi, arkeologi dan pelbagai elemen lain yang menarik di Lenggong Geopark.
 
Turut sama ialah Ketua Pengarah JMG, pegawai-pegawai kanan kementerian, beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
Penerangan teknikal telah diberikan oleh Prof. Dato' Dr. Mokhtar Saidin, ahli geologi - arkeologi serta En. Mat Niza Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JMG.
 
Tahukah anda yang meteorit pernah menghentam daerah Lenggong pada 1.83 juta tahun yang lalu ?
Banyak lagi yang anda boleh pelajari di galeri ini.

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TAMAN WAWASAN, PUCHONG DAERAH PETALING

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TAMAN WAWASAN, PUCHONG DAERAH PETALING
KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TAMAN WAWASAN, PUCHONG DAERAH PETALING
 
📍Puchong, Selangor
📆 17 Disember 2023
 
YBhg. Datuk P.Geol. Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG bersama YBrs. P.Geol. En. Tuan Rusli Tuan Mohamed, Pengarah JMG Negeri Selangor/W.Persekutuan serta pasukan geologi kejuruteraan JMG Selangor/W.Persekutuan telah berada di lokasi kejadian tanah runtuh pada awal pagi ini.
 
Pasukan JMG telah membuat siasatan tapak di lokasi kejadian bagi meninjau keadaan tapak serta memberi input teknikal kepada Tuan OCPD Puchong, Pegawai Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Subang Jaya berkenaan dengan kestabilan tapak dan langkah-langkah mitigasi yang perlu dilaksanakan dengan segera.
 
Pemerhatian awal menunjukkan tanah runtuh tersebut berdimensi 60m lebar, 50m panjang dan berkedalaman 3m.
Pihak JMG Selangor/W.P. akan terus memantau pergerakan tanah dan memberi input teknikal berkaitan geologi serta berkerjasama dengan pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dan pihak polis.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI

SHAH ALAM, 12 Disember 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan yang terakhir iaitu Bilangan 12/2023 bagi Tahun 2023 beserta Majlis Perpisahan Pegawai bagi meraikan perpindahan dua warga jabatan iaitu Encik Azmi bin Abu Bakar yang akan bertukar ke Jabatan Mineral dan Geosains Perak dan Encik Mat Wadi bin Ab Satar yang akan berpindah ke Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka.

SESI LIBAT URUS PERMOHONAN EKSPATRIAT MELALUI PORTAL XPATS GATEWAY BIL. 2/2023

SESI LIBAT URUS PERMOHONAN EKSPATRIAT MELALUI PORTAL XPATS GATEWAY BIL. 2/2023
SESI LIBAT URUS PERMOHONAN EKSPATRIAT MELALUI PORTAL XPATS GATEWAY BIL. 2/2023
 
Putrajaya, 13 Disember 2023 - Satu Sesi Libat Urus Berkenaan Permohonan Ekspatriat Melalui Portal Xpats Gateway telah diadakan oleh JMG sebagai Agensi Kawal Selia (AKS) bagi sektor perlombongan, pengkuarian dan pemprosesan mineral kepada pemain industri di Ibu Pejabat JMG yang dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral, Encik Yusari bin Basiran.
 
Sesi taklimat telah diadakan bagi memberikan penerangan dan maklumat lanjut mengenai proses dan keperluan dokumen permohonan Employment Pass (EP) untuk jawatan ekspatriat bagi sokongan JMG.
 
Sesi libat urus ini juga telah berjaya mendapatkan maklumbalas daripada pemain industri mengenai Sistem Xpats Gateway yang telah dibangunkan berkesinambungan daripada Sistem ESD Online serta proses dan keperluan lain yang berkaitan.

Lawatan Delegasi JICA Ke Makmal Analisis REE

Lawatan Delegasi JICA Ke Makmal Analisis REE

IPOH, 13 Disember 2023: Buat pertama kali Makmal Analisis REE telah dikunjungi oleh delegasi dari Japan International Coorporation Agency (JICA). Lawatan ke makmal ini adalah kesinambungan dari lawatan ke Lombong REE Ulu Slim pada sebelah pagi pada hari yang sama.

Baca selanjutnya