BENGKEL PENULISAN MINIT MESYUARAT

BENGKEL PENULISAN MINIT MESYUARAT
IPOH, 30 Oktober – Satu Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat telah diadakan pada pagi ini di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Nabihah binti Othman, pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Berasaskan Silika dan dibantu oleh Puan Nurul Aisyah Yap binti Abdullah dari Pejabat Pengarah.
Bengkel ini diadakan bertujuan memberi penerangan dan pendedahan mengenai pengurusan mesyuarat yang betul, kepentingan dan kriteria minit mesyuarat yang berkualiti serta mengikut format penulisan minit mesyuarat yang tepat.
Di akhir program, penceramah telah menyediakan sesi kuiz melalui pelantar Kahoot yang telah dimenangi oleh Puan Hafizah Abdul Rahim, Puan Norashazmin dan Puan Siti Noorzidah.

5TH INTERNATIONAL CONFERENCES OF SUSTAINABLE MATERIALS (ICoSM) 2023

5TH INTERNATIONAL CONFERENCES OF SUSTAINABLE MATERIALS (ICoSM) 2023
KANGAR, 26 Oktober - Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah menyertai ICoSM 2023 yang berlangsung pada 26 Oktober 2023 bertempat di The Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis.
Dua orang pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) dan Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) PPM turut membentangkan kertas kerja di persidangan ini.
Kertas kerja bertajuk Comparative Methods on The Upgarding of Fe Goethite Iron Ore telah dibentangkan oleh En. Costantine Joannes manakala kertas kerja bertajuk Processing of Porous Glass Ceramic using Silica Sand and Industrial Waste for Tiling Application telah dibentangkan oleh En. Mohd Hakim bin Ibrahim
Persidangan ini telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan dirasmikan oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Firdaus bin Omar pada hari yang sama.

PANGEA

PANGEA

Catatan Tektonik: Pangea 1. Pada sekitar 300-200 juta tahun lampau, bumi mempunyai satu daratan sangat besar (super continent) dipanggil Pangea dan satu lautan luas dipanggil Panthalassa. 2. Lautan pada 'Teluk' yang terbentuk dalam Pangea pula dipanggil Lautan Tethys. 3. Pada 200 juta tahun, proses Hanyutan Benua bermula dan secara perlahan-lahan memisahkan Pangea kepada 2 bahagian iaitu Laurasia di bahagian utara dan Gondwana di bahagian selatan. 4. Proses geologi tersebut masih terus berlangsung hingga ke hari ini diwakili dengan berlakunya gempa bumi dan letusan volkano akibat pertembungan atau pergeseran plat-plat bumi/kerak bumi. 5. Melalui korelasi fosil-fosil dalam kajian paleontologi dapat memadankan kerak-kerak tersebut yang suatu masa dahulu ia adalah bersatu. 6. Fosil-fosil yang terdapat di Malaysia mempunyai pengaruh atau berasal dari Lautan Tethys dengan sedikit percampuran fosil daripada rantau Laurasia dan Gondwana. “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”- Al-Naml 27:28 c&p…Kredit pada Omèn Necrofis

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2023 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2023 JMG JOHOR

Johor Bahru, 30 Oktober 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2023 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Hairul b. Mohamed Shaharudin diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Saufee b. Sehat dan bacaan ikrar oleh En. Md Aris b. Md Esa. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan pengenalan pelajar industri Cik Nurul Nadhirah bt. Mohd Tahir dari Uitm Shah Alam dan kakitangan JMG Johor yang baru iaitu En. Aidil Hamkah b. Ithnin dari JMG Terengganu dan En. Muhammad Harith b. Hamdan dari JMG Selangor.

Baca selanjutnya

AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2022

AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2022

Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak telah menjalankan Audit Kemampanan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Negeri Sarawak di Bawah Projek Penarafan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Menggunakan Kaedah Sustainable Development Indicators (SDI) pada 26 Oktober 2023, Khamis, di SSF Paku Kuari, Gunung Paku, Bau, Kuching.

Audit tersebut telah dijalankan oleh Dr. Kho Chun Min yang dibantu oleh En. Tarmidzie bin Karim dan En. Hasfee Azlee bin Hassan.