YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, F.I.G.M, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), YBrs. En Yusari bin Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral (EM) dan YBrs Pn. Habibah bt Tahir Pengarah JMG Negeri Terengganu telah dijemput ke Majlis Mengadap Sempena Persembahan Taklimat Perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) Negeri Terengganu
PROGRAM LIBAT URUS BERSAMA KETUA UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (KUPM) NEGERI SERTA MESYUARAT PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN PROJEK SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MyGEMS)
Program ini diadakan sebagai pendedahan kepada KUPM tentang peranan dan tanggungjawab terhadap Projek MyGEMS disamping mendapatkan latihan secara hands on tatacara pelaksanaan Sistem MyGEMS.
Sistem MyGEMS merupakan bank data spatial nasional bagi pengurusan maklumat geosains dan sumber mineral negara bersepadu yang dibangunkan oleh jabatan.
MESYUARAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA KE-42 (MPFN KE-42)
MESYUARAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA KE-42 (MPFN KE-42)
YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-42 (MPFN Ke-42) yang turut dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Pengangkutan, YB Menteri Ekonomi, dan YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia.
YBhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG telah membentangkan Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara dalam mesyuarat tersebut.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
Lawatan Kerja JPPH Ke Pusat Penyelidikan Mineral
IPOH, 12 SEPTEMBER – Delegasi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (PPM-JMG).
Lawatan ini bertujuan melihat secara fizikal harta intelek yang dibangunkan sekaligus menjalankan kerja-kerja pengumpulan data bagi penilaian harta intelek terlibat.
Delegasi seramai 16 orang ini diketuai oleh Puan Sr. Nadila binti Hamidi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Standard Amalan.
Pada sebelah pagi diadakan sesi pembentangan harta intelek yang berjaya disijilkan yang telah disampaikan oleh pegawai-pegawai penyelidik selaku pencipta bagi inovasi ini manakala penilaian fizikal di makmal-makmal telah dijalankan pada sebelah petang.
Sebanyak 8 harta intelek dinilai pada sesi kedua ini yang terdiri daripada 4 paten, 3 perbaharuan utiliti dan 1 hakcipta. Sesi penilaian pertama telah dibuat pada tahun 2021 melibatkan 9 harta intelek yang terdiri daripada 5 hak cipta, 2 paten, 1 perbaharuan utiliti dan 1 rekabentuk industri.
Harta-harta intelek ini perlu dibuat penilaian bagi maksud perakaunan akruan dan secara tak langsung bagi menentukan nilai aset tak ketara ini.