PERHIMPUNAN BULANAN KE 7/2023

PERHIMPUNAN BULANAN KE 7/2023

31 Julai 2023, JMG Terengganu telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan ke 7/2023, yang telah dijayakan oleh Unit Geosains dengan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat. Majlis ini berlangsung di Bilik Kasiterit JMG Terengganu. Antara agenda seperti berikut : ✅UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS (EN. AZMI BIN MAT ALI) ✅BACAAN DOA (EN. KHAIRUL ANUAR ZAKARIA) ✅NYANYIAN i) LAGU NEGARAKU ii) LAGU PERKHIDMATAN AWAM ✅BACAAN IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (CIK NUR MASWANIE BINTI KAMAL FASRIA) ✅TAYANGAN MONTAJ AKTIVITI BULAN JULAI 2023 ✅UCAPAN BULANAN PENGARAH JMG TERENGGANU (PN. HABIBAH BINTI TAHIR) ✅SESI SUAIKENAL KAKITANGAN BARU CIK NUR MASWANIE BINTI KAMAL FASRIA ✅UCAPAN PERPISAHAN 1. PN ALIANA BINTI ALI 2. PN ROHAZIDA BINTI AHMAD ✅PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN SPM 2022 ✅PENYAMPAIAN HADIAH PERTUKARAN ✅MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JULAI 2023 ✅TAKLIMAT GEOBENCANA TAJUK : BAHAYA TANAH RUNTUH PENCERAMAH : EN. MAZLAN BIN MOHAMAD ZAIN #jmgmalaysia #NRECC #MalaysiaMadani #MalaysiaMerdeka #Merdeka360

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2023 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2023 JMG JOHOR

Johor Bahru, 31 Julai 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2023 JMG Johor dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Sivalingam a/l Krishnan diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Saufee b. Sehat dan bacaan ikrar oleh En. Md Aris b. Md Esa. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan sesi pengenalan kepada pelajar industri dari Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia yang akan menjalani latihan selama 6 bulan.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan taklimat daripada Dr Sia Say Gee berkenaan "Enrichment of Arsenic, Lead, and Antimony in Balingan Coal from Sarawak, Malaysia: Modes of Occurence, Origin, and Partitioning Behaviour during Coal Combustion". 

Sumbangan artikel : En. Asrul Sani b. Abdullah

MAJLIS LAPOR DIRI PEGAWAI-PEGAWAI BARU JMG

MAJLIS LAPOR DIRI PEGAWAI-PEGAWAI BARU JMG
Majlis Lapor Diri Pegawai-Pegawai Baru JMG.
 
Seramai 12 orang pegawai lantikan baru JMG telah melapor diri di Ibu Pejabat JMG. Para pegawai akan ditempatkan di beberapa pejabat negeri JMG.
 
Majlis dihadiri oleh Ketua Pengarah JMG, Timbalan Ketua Pengarah (KEM) JMG dan beberapa Pengarah Cawangan di Ibu Pejabat JMG.
 
Selain daripada Sesi Amanat oleh KP JMG, majlis diisi dengan bacaan Aku Janji oleh para pagawai lantikan baru, sesi 'Bicara Eksekutif' dan Taklimat Intergriti
 
Semoga para pegawai lantikan baru akan menjadi Warga JMG yang akan bersama-sama berusaha menjadikan JMG terus cemerlang.

PENILAIAN POSTUR KESELAMATAN (SPA) UNTUK PROJEK SISTEM MAKLUMAT MINERAL DAN GEOSPATIAL MALAYSIA (MyGEMS)

PENILAIAN POSTUR KESELAMATAN (SPA) UNTUK PROJEK SISTEM MAKLUMAT MINERAL DAN GEOSPATIAL MALAYSIA (MyGEMS)

PENILAIAN POSTUR KESELAMATAN (SPA) UNTUK PROJEK SISTEM MAKLUMAT MINERAL DAN GEOSPATIAL MALAYSIA (MyGEMS)

Sesi tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai 2023, bertempat di Bilik Mesyuarat Galena, Ibu Pejabat JMG Putrajaya. Sesi itu dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat dan dihadiri oleh kontraktor, Alami Technology Sdn Bhd, dan OrenG Academy secara hibrid.

Program SPA bertujuan untuk menyediakan organisasi dengan pandangan dan keterlihatan tentang risiko keselamatan yang mendasari, kelemahan dan kelemahan pada infrastruktur dan cadangan untuk penambahbaikan keselamatan jangka pendek dan jangka panjang yang melibatkan teknologi, manusia dan proses.

Hasilnya hendaklah memenuhi objektif ujian, keperluan perniagaan, pematuhan peraturan dan memastikan tindakan sewajarnya diambil.