06-09 Jun 2023 (Isnin-Jumaat) : Satu bengkel anjuran Unit Sumber Mineral, JMG Perak telah diadakan di Hotel Casuarina, Kuala Kangsar, Perak mengenai penyediaan dokumen sebutharga projek MST. Bengkel tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mahat Bin Sibon, Timbalan Pengarah Sumber Mineral serta dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah JMG Perak.
PENGUJIAN REE TEST KIT DI LAPANGAN
Lawatan Teknikal Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
IPOH, 30 MEI - Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah mengadakan lawatan teknikal ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) pada hari ini.
Lawatan ini diadakan bersempena dengan Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah ke-83 JPPH yang diadakan di Ipoh, Perak. Ketibaan delegasi dari JPPH diketuai oleh YBrs Sr. Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah JPPH.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) PPM, YBrs Dr. Ismail bin Ibrahim. Para delegasi telah diberi taklimat berkenaan PPM oleh Pegawai Penyelidik, Cik Norinsafrina binti Mustaffa Kamal.
Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan Ruang Pameran Terbuka PPM sebelum mereka meneruskan lawatan ke Muzium Geologi.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) YBrs Sr. Rosni Nawati Binti Ngah.
Bengkel Pemprosesan Mineral
IPOH, 22-26 MEI - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dengan kerjasama Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) telah mengadakan Bengkel Pemprosesan Mineral. Seramai 45 orang peserta terdiri dari pegawai dan pembantu yang diwakili dari setiap cawangan telah mengikuti bengkel ini.
Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral, Dr. Hj. Ismail Bin Ibrahim dan Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung, Tn Hj. Malek bin Selamat telah dijemput untuk perkongsian ilmu dalam bengkel ini. Manakala ucapan perasmian pembukaan dan penutup bagi bengkel ini telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Salmah binti Baharuddin selaku Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan.
Tujuan bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang asas pemprosesan mineral serta teknik-teknik yang betul dalam menjalankan pemprosesan mineral bagi memperolehi dapatan yang optimum. Turut diadakan latihan amali bagi menambahkan lagi kefahaman peserta dalam pemprosesan mineral.
Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Peringkat Pusat Penyelidikan Mineral
IPOH, 24 MEI 2023 - Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Peringkat Pusat Penyelidikan Mineral berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Seminar, PPM.
Majlis ini yang diadakan bersekali dengan Majlis Perhimpunan Bulanan telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad, Pengarah Kanan PPM.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga PPM untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.