PROGRAM PROMOSI PEMBANGUNAN GEOTAPAK PERMATANG SINKLIN PARIT SULONG (PSPS) BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN DAN KOMUNITI 2024

PROGRAM PROMOSI PEMBANGUNAN GEOTAPAK PERMATANG SINKLIN PARIT SULONG (PSPS) BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN DAN KOMUNITI 2024

Parit Sulong, 27 Oktober 2024 – Baru-baru ini, satu Program Promosi Pembangunan Geotapak Permatang Sinklin Parit Sulong telah diadakan di Dewan Dewan Serbaguna Sri Sulong, Batu Pahat, Johor. Majlis telah dihadiri oleh Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin dan dirasmikan oleh Puan Puteri binti Ab Rahaman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2024 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2024 JMG JOHOR

Johor Bahru, 16 Oktober 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Md Aris bin Md Esa diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Masni bin Ismail dan bacaan ikrar oleh Puan Magdaline Enut AK January Enju. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.

Baca selanjutnya

Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) di MITEC Kuala Lumpur

Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) di MITEC Kuala Lumpur
Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) di MITEC Kuala Lumpur
 
💧 AIR 2040
📍 MITEC, KL
▪️ 29 Oktober 2024
 
Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia sebagai agensi tunjak dalam aktiviti berkaitan air bawah tanah telah mewakili Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi AIR 2040. Penglibatan JMG berhasrat untuk menampilkan peranan jabatan dalam pembangunan air bawah tanah di majlis ini yang merupakan satu pengikitirafan kepada agensi yang bertanggungjawab terhadap sumber air di Malaysia.
 
Pelan Hala Tuju Transformasi Air (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau. Sebagai salah satu agenda nasional, AIR 2040 bertujuan mentransformasi sektor air negara menjadi mampan dan pemangkin pembangunan ekonomi, menjamin bekalan air berkualiti dan memajukan bidang sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE).
 
AIR 2040 yang dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun menerusi empat (4) fasa di bawah Rancangan Malaysia ini bakal memacu keterjaminan dalam aspek kesejahteraan rakyat.

Taklimat : Perlaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Taklimat : Perlaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
Ipoh, 18 Oktober - Unit Pentadbiran dan Kewangan, Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan satu taklimat berkenaan SSPA
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Wan Shafarina bt Wan Marzuki (Pembantu Tadbir Kanan N22) bertempat di Dewan Seminar, PPM
Diharap sesi taklimat ini dapat menambah pengetahuan semua warga PPM dengan lebih mendalam tentang Perlaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Program Gotong Royong Perdana Peringkat PPM 2024: Bersama Menjaga Alam Sekitar

Program Gotong Royong Perdana Peringkat PPM 2024: Bersama Menjaga Alam Sekitar
Alhamdulillah, Program Gotong Royong Perdana 2024 telah berjaya dilaksanakan pada 17/10/2024 bertempat di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar. Seramai 90 kakitangan dari pelbagai unit menyertai usaha ini dalam memastikan persekitaran kerja kita kekal bersih, selamat, dan indah. 🌳✨
Aktiviti yang dijalankan:
✅ Pembersihan kawasan Pilot Plant dan juga persekitaran pagar
✅ Penyusunan semula tempat kerja ruang kerja bagi stor 2, stor 3, stor terbuka dan juga tempat parking jentera
✅ Pengumpulan dan pelupusan bahan sisa kimia yang tidak digunakan
Hasilnya, kita berjaya menghias semula kawasan SUGA untuk suasana kerja yang lebih nyaman. 🌱💼
Terima kasih kepada semua yang terlibat! Dengan semangat kebersamaan ini, kita bukan sahaja menjaga alam sekitar, tetapi juga mengeratkan silaturahim sesama warga kerja. 👏💪
Jom kita teruskan usaha menghijaukan kawasan kerja dan sekitarnya!