KENINGAU, SABAH (10 MAC 2018) : SABTU, MTB Group kerjasama PTEM SMK Bingkor Keningau telah mengadakan satu kutipan amal dengan mengadakan satu pertandingan berbasikal yang terbuka kepada semua agensi kerajaan dan swasta pada hari sabtu lepas.
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2017
SERDANG, SHAH ALAM, SELANGOR (08 MAC 2018) : KHAMIS, Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2017 anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diadakan di Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Shah Alam, Selangor. Kira-kira 1000 orang telah diberikan anugerah khidmat cemerlang yang merangkumi Anugerah Kecemerlangan NRE(AK NRE), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) dan Anugerah Lama Berkhidmat( ALB).
TAKLIMAT RINGKAS GEMPA BUMI DI TIMPOHON
KUNDASANG, RANAU, SABAH (09 MAC 2018) : JUMAAT, satu taklimat ringkas berkaitan kejadian gempa bumi (gegaran) yang berlaku pada 08 Mac 2018 (Khamis) sekitar jam 9.05 malam semalam telah disampaikan oleh En. Bailon Golutin selaku Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan kepada Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Anggota PDRM, Anggota Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di lokasi Timpohon, Taman Negara, Kundasang pada hari ini.
Mesyuarat Coal Bed Methane (CBM) Bil.1/2018 bersama wakil Petronas
KOTA KINABALU, SABAH (9 MAC 2018) : JUMAAT, Satu mesyuarat Coal Bed Methane (CBM) Bil.1/2018 bersama Petronas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Sabah yang bermula pada jam 2.30 petang.
MESYUARAT PELAN TINDAKAN KEJADIAN GEMPA PADA 08 MAC 2018 JAM 9.05 MALAM
KOTA KINABALU, SABAH (09 MAC 2018) : JUMAAT, satu mesyuarat tergempar diadakan di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah pada jam 8.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Paulius Godwin, Ketua Unit Geosains.