KOTA BELUD, SABAH (06 MAC 2018) : SELASA, satu lawatan tapak ke Kg Ratau, Kota Belud telah dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) bersama kakitangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi membuat siasatan survey seismik untuk projek lembangan.
LAWATAN TAPAK SIASATAN SURVEI SEISMIK UNTUK PROJEK LEMBANGAN KG. PIASAU, KOTA BELUD (KEDAMAIAN-TEMPASUK) BERSAMA KAKITANGAN UKM/UTP
KOTA BELUD, SABAH (06 MAC 2018) : SELASA, satu lawatan tapak ke Kg Piasau, Kota Belud telah dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) bersama kakitangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi membuat siasatan survey seismik untuk projek lembangan.
MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN INFRASTRUKTUR ICT (JKIK ICT) BIL. 1/2018
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN (06 MAC 2018) : SELASA : Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Infrastruktur ICT (JKIK ICT) Bil. 1/2018 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Palm Seremban Hotel.
MESYUARAT PERSIAPAN MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI DAERAH KOTA MARUDU, SABAH
KOTA MARUDU, SABAH (05 FEBRUARI 2018) : ISNIN, Mesyuarat persiapan majlis perasmian telaga tiub dan program kesedaran awam di daerah Kota Marudu, Sabah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kota Marudu sekitar jam 2.30 petang.
Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Hamdan bin Hj. Sarudin (Penolong Pegawai Daerah). Dalam mesyuarat ini juga turut hadir wakil dari JMG Sabah iaitu En. Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains) dan Pn. Mary Chew (Pembantu Geosains Kanan). Seramai 29 orang telah hadir dalam mesyuarat ini. Mereka terdiri daripada pelbagai wakil jabatan di daerah Kota Marudu seperti dari PDRM, Jabatan Air, UPPM, Pejabat Daerah, Perpustakaan Negeri, Yayasan Sabah dan lain-lain.
Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan persiapan-persiapan yang diperlukan semasa perasmian tersebut. Mesyuarat tamat sekitar jam 4.30 petang.
Sumber maklumat dan foto : En. Mazrali bin Alway
SYABAS DAN TAHNIAH BUAT SEMUA PENERIMA APC 2017 JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan setinggi Tahniah buat semua penerima APC 2017 dan berharap kepada semua penerima APC 2017 akan sentiasa memberikan yang terbaik buat jabatan.