SANDAKAN, SABAH ( 6 FEBRUARI 2018 ) : SELASA, Satu Mesyuarat Pengurusan Statistik Mineral telah diadakan di The W Clay Industries pada jam 9.30 pagi dan telah dihadiri oleh beberapa orang kakitangan daripada JMG Ibu Pejabat dan JMG Sabah.
MESYUARAT MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN KESEDARAN AWAM DI KOTA BELUD DAN KOTA MARUDU, SABAH
KOTA KINABALU, SABAH - 5 Februari 2018 (Isnin) : Mesyuarat Majlis Perasmian Telaga Tiub dan Kesedaran Awam di Kota Belud dan Kota Marudu, Sabah Bil.3/2018 telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU-Nephrite), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Jaineh Lingi (KA Hidrogeologi). Turut hadir dalam mesyuarat adalah En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (KUPM) dan Pn. Jenneth Cyril (Ketua SubUnit GeoKhidmat, Unit Geosains) serta urusetia yang hadir iaitu En. Morius Bantas, En. Mazrali bin Alway (Setiausaha), En. Ali Akbar Amil Hassan, Pn. Mary Chew, En. Abd. Arif Tahar, En. Jasni Jaya, Pn. Vianni Vincent, En. Malai Osman Malai Muhd., Pn. Besty J. Adim dan Pn. Normi Adok.
TAHNIAH BUAT PENGARAH JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (05 JANUANRI 2018) : ISNIN, Warga JMG Sabah mengucapkan setinggi Tahniah buat pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli diatas perlantikan beliau sebagai Pengarah Galian Sabah di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994.
TINJAUAN LOKASI HARI KELUARGA KEM-G JMG SABAH 2018
KOTA KINABALU, SABAH (2 FEBRUARI 2018) : JUMAAT, Jam 9.00 pagi Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan & Rekreasi (KEM-G) JMG Sabah telah membuat satu tinjauan lokasi berkaitan sambutan Hari Keluarga KEM-G JMG Sabah. AJK KEM-G sebulat suara memilih lokasi untuk Hari Keluarga tersebut di Tanjung Lipat, Likas, Kota Kinabalu.
Mesyuarat Unit Sumber Mineral Bil.1/2018
KOTA KINABALU, SABAH - 2 Feb 2018 (Jumaat) : Mesyuarat Unit Sumber Mineral Bil.1/2018 telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Sabah.