Lawatan Kerja ke Kilang Air Mineral Malee Sdn. Bhd.

Mersing,  22 Ogos 2013  – Unit Geosains JMG Johor telah menganjurkan satu Lawatan Kerja ke Kilang Air Mineral Malee Sdn. Bhd. yang terletak di Mersing, Johor. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberitahu kegunaan air tanah sebagai air mineral semulajadi, proses-proses yang terlibat dalam pembungkusan air mineral dan  memberi gambaran kepada kakitangan JMG Johor tentang industri air mineral.



 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Seremban, 6 Ogos 2013 - Suasana hari raya semakin dirasakan oleh seluruh kakitangan JMG. Justeru itu, kami mewakili seluruh kakitangan di Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan / Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf atas segala salah dan silap. Kami juga mendoakan agar semua sahabat selamat di dalam perjalanan dan semoga Aidil Fitri ini amat bermakna buat kalian semua. Ikhlas dari kami, Warga JMG NSM.

Anjur Latihan Aplikasi ArcGIS Secara ‘Hands-On’ Siri 1/2013

ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP dengan kerjasama Unit Sumber Mineral telah mengadakan Latihan Asas Pembelajaran "hands-on" Aplikasi ArcGIS 9.3, Alat GPS dan Google Earth bertarikh 24 Julai 2013 bertempat di Bilik Delima, JMGKPP. Peserta yang terlibat terdiri daripada pegawai dan kakitangan teknikal di semua unit JMGKPP. Taklimat dan "hands-on" telah di sampaikan oleh En.Hamdan B. Ariffin, TP(SM) dan dibantu oleh empat orang pelajar dari IPTA yang sedang menjalani latihan industri di sini.

Baca selanjutnya