Bengkel Celik IT Siri 2/2013
ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Seiring dengan kemajuan pesat teknologi sistem maklumat, JMGKPP juga tidak ketinggalan telah mengadakan satu lagi bengkel asas pengendalian laman web rasmi jabatan dan blog JMGKPP siri 2/2013. Bengkel yang diadakan di Bilik Delima JMGKPP ini melibatkan kakitangan dari pelbagai unit di jabatan dan turut disertai oleh empat (4) orang pelajar praktikal (LI). Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memahirkan para staf tentang tatacara pengendalian laman web jabatan dan blog JMGKPP, mengemaskini maklumat aktiviti yang telah dijalankan oleh jabatan serta bagi mewar-warkan program yang dirancang kepada pelayar laman blog. Program sehari ini telah dikendalikan oleh Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP.
JMGKPP Anjur Program Imarah Ramadan 1434H
ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Kelab Sukan dan Kebajikan (KASKEK) JMGKPP telah melaksanakan program Ihya Ramadhan 1434H. Program ini menjurus kepada tazkirah Ramadhan, Tadarus Al–Quran dan Kelas Asas Tajwid.
Bubur Lambuk Sedap Dari BPT
Ramadhan telah menjelma, kini program tahunan Bahagian Perkhidmatan Teknikal mula mengambil tempat di samping aktiviti rutin yang telah ditetapkan. Satu program yang telah menjadi kebiasaan iaitu program penyediaan bubur lambuk versi BPT. Dengan sumbangan dari pelbagai pihak terutama para kaitangan dan pengawai yang beragama islam, ajk bubur lambuk telah berusaha untuk menyediakan sebuah periuk bubuk yang mencukupi untuk para kakitangan dan pengawai BPT.
Mendulang Asas Perlombongan
Mendulang asas perlombongan. Itu yang diajar kepada para pelajar latihan industri yang melengkapkan program pengajian mereka. Para pelajar ini terdiri dari pelatih dari Unit Marin, Min Pet, Penderaan Jauh. Pelajar dari Unit Geofizik tidak dapat menyertai kerana belum mendaftarkan diri lagi.