Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKIP) bersama Ibu Pejabat JMG akan menganjurkan Majlis Makan Malam dan Persaraan Ibu Pejabat 2015 bertempat di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur pada Sabtu, 12 September 2015. Tema majlis pada tahun ini adalah bertajuk Memori dengan slogan Kenangan Terindah, Abadi Selamanya.
Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Sabah
Pada hari Jumaat 5 Jun 2015, Sabah dikejutkan dengan satu kejadian gempa bumi berukuran 5.9 Skala Richter yang berlaku di daerah Ranau, Sabah dan gegaran tersebut juga turut dirasai di beberapa daerah di Sabah. Kejadian gempa bumi tersebut telah meragut 18 nyawa dan merosakkan beberapa struktur bangunan serta kediaman di kawasan Ranau dan Kota Belud, Sabah.
Panduan Mengelak SPAM Emel
Cawangan Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat telah menyediakan beberapa garis panduan keselamatan mengelak SPAM. Sila rujuk lampiran yang dikepilkan bersama untuk rujukan selanjutnya.
Majlis Perpisahan Tuan Hj. Mohamad Pauzi Abdullah dan En. Ramli Md Noh
Majlis telah diadakan dengan jayanya pada 26 Mac 2015 anjuran Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat. Kami warga JMG sekalian mengucapkan selamat bersara, semoga diberi Allah SWT limpahan rahmat kesihatan, sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.
PERHIMPUNAN BULANAN BIL.12 DAN GOTONG ROYONG BIL 1/2014
Pada 22 Disember 2014, Perhimpunan bulanan JMG (sabah) Bil 12/2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite dengan dihadiri oleh semua kakitangan JMG (Sabah).