Pada 16 hingga 19 Januari 2015 yang lalu, seramai 13 peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Rekreasi dan Mineral dan Geosains (KEM-G), Jabatan Mineral dan Geosains Kota Kinabalu Sabah telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Rombongan ini turut disertai oleh ahli keluarga masing-masing.
Lawatan Sambil belajar ke Maliau Basin anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Mineral dan Geosains , Malaysia Sabah
Lawatan Sambil belajar ke Maliau Basin anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Mineral dan Geosains , Malaysia Sabah telah dilaksanakan pada 30 Januari hingga 2 Februari 2015 dengan penyertaan seramai 12 orang kakitangan jabatan dan 2 orang ahli keluarga kelab KEMG.
Sesi Pembentangan Projek dan Jamuan Perpisahan Pelajar Latihan Industri Cawangan Pengurusan Maklumat
Pada 11 Mac 2015, Cawangan Pengurusan Maklumat telah mengadakan Sesi Pembentangan Projek dan Jamuan Perpisahan Pelajar Latihan Industri Unit Aplikasi GIS dan Kartografi, yang telah menjalankan latihan industri bermula pada 24 November 2014 hingga 13 Mac 2015.
Jamuan Perpisahan untuk En. Azizan Ali dan En. Ahmad Zulkifli Kamaruzaman
Pada tanggal 24 Februari 2015, Cawangan Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk En. Azizan Ali dan En. Ahmad Zulkifli Kamaruzaman yang masing-masing bertukar tempat bertugas ke JMG Negeri Sembilan/Melaka dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak.