ASEAN Economic Community iaitu Workshop on Developing The ASEAN Mining Vision (AMV)

ASEAN Economic Community iaitu Workshop on Developing The ASEAN Mining Vision (AMV)

ASEAN Economic Community iaitu Workshop on Developing The ASEAN Mining Vision (AMV)

Cawangan Ekonomi Mineral JMG Malaysia kerana sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran program peringkat ASEAN di bawah struktur ASEAN Economic Community iaitu Workshop on Developing The ASEAN Mining Vision (AMV) di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bermula 20hb Mei 2024 hingga 22hb Mei 2024. Bengkel ini bertujuan untuk mengkonseptualisasikan visi jangka panjang dan pelan tindakannya termasuk pelan penglibatan pihak berkepentingan dan mengenal pasti inisiatif untuk meningkatkan pelaburan dalam pembangunan mineral mampan di Negara Anggota ASEAN (AMS).
 
Program ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan di bawah Working Group of Sustainable Mineral Development (WGSMD) ASOMM ASEAN yang diterajui oleh Encik Salehuddin Mohamad selaku Lead Person mewakili Malaysia.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor, Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains, NRES dan telah berlangsung selama 3 hari bersama 30 orang peserta dari negara-negara ASEAN dan pakar-pakar daripada pelbagai negara seperti Afrika, Chile, dan Amerika Syarikat.
 
Upacara penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk P.Geol Hj. Zamri bin Ramli pada hari terakhir bengkel ini. JMG Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekretariat ASEAN dan UNESCAP atas kesudian memilih Malaysia secara amnya dan JMG sebagai penganjur bagi program berprestij ini.
 
Mungkin imej 12 orang dan teks yang berkata 'k WORKSHOP WORKSHOPONDEVELOPING ONDEVELOPING THE ASEAN THEASEAN INGVISION NNG VISION 0-22 M 2024 UMPU'
 
Mungkin imej 5 orang dan televisyen

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my