LAWATAN TERRA MINERAL LAB KE MAKMAL REE

LAWATAN TERRA MINERAL LAB KE MAKMAL REE

IPOH, 15 Mei 2024:  Pada hari ini, Makmal Analisis REE, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh telah menerima kunjungan pegawai-pegawai serta kakitangan Terra Mineral Lab (TML) sempena Lawatan Teknikal ke makmal ini. Mereka diketuai oleh En. Muhammad Amirul Bin Md. Nor selaku Pengurus Makmal.

Baca selanjutnya

Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

IPOH, 29 April 2024: Hari ini, Makmal REE JMG Ipoh telah menerima tetamu dari Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian, NRES. Lawatan ini adalah kesinambungan dari Mesyuarat JTPK yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) pada sebelah pagi. Lawatan telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, DATUK DR. CHING THOO A/L KIM, TKSU (SA), PUAN NORSHAM BINTI ABDUL LATIP, TKSU (KA), DATUK NOR YAHATI BINTI AWANG, SUB-SUB dan Ketua-ketua Jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Baca selanjutnya

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023

Port Dickson, 22 April 2024:  Telah diadakan Mesyuarat Editor Laporan Tahunan JMG 2023 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Mesyuarat berlangsung dari 22 hingga 24 April 2024 dan di pengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifli Che Soh.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kandungan setiap chapter yang akan dimuatkan di dalam Laporan Tahunan 2023. Seramai 19 pegawai JMG negeri-negeri hadir membentangkan skop tugasan masing-masing.

KURSUS PEMPROSESAN DAN INTERPRETASI DATA SEISMIK MENGGUNAKAN SISTEM CODA DA4G

KURSUS PEMPROSESAN DAN INTERPRETASI DATA SEISMIK MENGGUNAKAN SISTEM CODA DA4G

IPOH, 01 APRIL 2024: Kursus Pemprosesan dan Interpretasi Data Seismik telah diadakan pada 1 April sehingga 4 April 2024 anjuran Unit Geologi Marin bertempat di Pusat Data Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak.

Kursus ini merupakan inisiatif yang dilakukan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan warga JMG dala

Baca selanjutnya

SURVEI GEOFIZIK DAN UJILARI PERALATAN MARIN DI SEKITAR PULAU SEMBILAN, PERAK.

SURVEI GEOFIZIK DAN UJILARI PERALATAN MARIN DI SEKITAR PULAU SEMBILAN, PERAK.

IPOH, 4 Mac 2024: Unit Geologi Marin telah menjalankan Survei Geofizik di Pulau Sembilan bagi tujuan latihan kemahiran dan pengujian alatan geofizik.

Persediaan pengujian alatan survei dilaksanakan seminggu sebelum survei berlangsung di rumah No. 4, BPT, Ipoh bagi memastikan peralatan survei berfungsi dengan baik dan mencukupi. Survei telah dijalankan di sekitar Pulau Sembilan, Perak diketuai oleh En. Noran Alwakhir Sharaani bersama beberapa kakitangan Unit Geologi Marin bagi mendapatkan data geofizik (struktur dan jenis sedimen) dan batimetri secara rantau.

Baca selanjutnya