Kuantan, 3 Oktober 2024: Makmal Geokimia Kuantan telah mengadakan lawatan ke Syarikat Lynas di Gebeng Kuantan. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan makmal tentang pemprosesan Unsur Nadir Bumi (REE). Para peserta diberi taklimat dan dibawa melawat ke Makmal analisis REE syarikat berkenaan.
Lawatan Kerja ke Tapak Penggerudian Projek Susulan SGA ECER
Kuantan, 22 Oktober 2024: Seramai lima orang pegawai dari Makmal Geokimia Kuantan bersama pegawai projek dari JMG Pahang telah mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Penggerudian Projek Susulan SGA ECER di Kawasan Anomali P18, Ladang Gambang YPPH, Pulau Manis, Pekan, Pahang.
Latihan Pengungsian Bangunan Makmal Geokimia Kuantan
Kuantan, 23 Oktober 2024: Satu Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) di Makmal Geokimia Kuantan telah berjaya dijalankan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
PERSAMPELAN UNSUR NADIR BUMI (REE) DI LOMBONG MCRE, KENERING
GERIK, 23 September 2024: Hari ini kumpulan dari JMG telah menjalankan Aktiviti Persampelan REE di Lombong Rintis REE, MCRE Resources Sdn. Bhd., Kenering, Perak. Aktiviti persampelan diketuai oleh En. Zaki Alias dari Unit Siasatan Mineral Ibu Pejabat JMG. Aktiviti ini telah dibantu oleh beberapa pegawai dari Makmal BPT, Makmal PPM, Cawangan Lombong dan Kuari BPT Dan JMG Perak.
Lawatan Kerja Makmal BPT ke ESCO MICRO
SHAH ALAM, 19 September 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke ESCO Micro, Shah Alam. Lawatan bertujuan melihat dan menilai secara fizikal sistem kebuk wasap terkini dan tercanggih yang terdapat dipasaran. Ia juga bertujuan untuk penambahbaikkan spesifikasi agar berupaya mematuhi peraturan ditetapkan DOE dan OSHA bagi persediaan perolehan sistem ini tahun hadapan. Ia penting bagi memastikan makmal yang merupakan makmal rujukan utama negara dalam skop analisis sampel geologi terus menawarkan perkhidmatan berkualiti dan terbaik kepada pelanggan di seluruh negara.
ESCO Micro merupakan antara pembekal utama sistem kebuk wasap di dalam negara.
Pihak Makmal diwakili oleh tiga pegawai dan lima kakitangan yang diketuai oleh En. Mohd Fuzi Hashim. Pihak Makmal mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ESCO Micro kerana memberi peluang kepada kami menilai dan menguji sistem kebuk wasap antara yang terkini yang ditawarkan dipasaran.