BENGKEL BRAINSTORMING BAJET RMKE-13

BENGKEL BRAINSTORMING BAJET RMKE-13
IPOH, 17 Julai – Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menganjurkan satu Bengkel Brainstorming Bajet RMKe-13 pada 16 - 17 Julai 2024.
Bengkel ini bertujuan mengumpul maklumat berkaitan projek-projek penyelidikan baharu dan yang sedia dikomersialkan, mengumpul maklumat bagi perolehan peralatan saintifik yang telah lama atau rosak bagi makmal-makmal di PPM dan bagi mengumpul maklumat bagi penyediaan fasiliti, peralatan dan naik taraf di Stesen Ujian Galian (SUGA).
Seramai 26 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada 24 orang Pegawai Penyelidik dan 2 orang Penolong Jurutera.
Sesi bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs Dr Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, penyampaian taklimat oleh Dr. Rohaya binti Othman selaku Penyelaras Projek di PPM diikuti dengan sesi perbincangan mengikut kumpulan projek dan diakhiri dengan pembentangan daripada kumpulan masing-masing.