PESTA JOM MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

PESTA JOM MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
IPOH,18 Julai - Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah mengadakan satu pesta makan yang berteraskan buah–buahan tempatan bertempat di perkarangan PPM Square.
Pesta buah ini melibatkan keseluruhan ahli kelab yang berdaftar termasuk ahli-ahli bersekutu dan merupakan antara salah satu acara tahunan yang sering dinantikan oleh ahli kelab apabila munculnya musim buah.
Penganjuran pesta ini dilihat mampu memberi impak positif dari aspek kemahiran bersosial di kalangan ahli dan menjadi platform yang terbaik dalam memberi pengetahuan tentang buah-buahan tempatan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli kelab.