BENGKEL MODUL SEBUTHARGA DAN TENDER e-PEROLEHAN BAHARU

BENGKEL MODUL SEBUTHARGA DAN TENDER e-PEROLEHAN BAHARU

IPOH, PERAK (22 JANUARI 2019) : SELASA, Ibupejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu Bengkel Modul Sebutharga dan Tender e-Perolehan Baharu Edisi Pengguna Kerajaan 2019 di Makmal Komputer, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Ipoh, Perak, selama 3 hari bermula hari ini 22 Januari 2019 dan berakhir pada 24 Januari 2019.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai dari Pejabat e-Perolehan Negeri Perak. Semua kakitangan JMG Malaysia yang terlibat dijemput hadir sama dalam bengkel ini. JMG Sabah diwakili oleh En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat) dan Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat).

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

Written by : Suriani Ramlee