Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.

Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.
IPOH, 13 – 14 Mei – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan satu Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada pegawai penyelidik, pembantu penyelidik dan 2 orang pelajar latihan industri.
Bengkel selama 2 hari ini bertujuan memberi pengenalan, pendedahan dan pengetahuan serta kemahiran kepada peserta terutamanya dalam mengendalikan dan memahami fungsi alat Shimadzu UV-1900.
Para peserta juga diberi peluang untuk menjalani latihan secara hands-on tentang kaedah mengendalikan alat dan menganalisis sampel. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Anisa binti Rashid dari Syarikat Shimadzu Sdn. Bhd.
Semoga ilmu daripada perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan PPM dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan.