Aktiviti Persampelan Air Sisa Industri Batik

Aktiviti Persampelan Air Sisa Industri Batik
Kuala Terengganu 11 - 12 Jun 2024, Cawangan Teknologi Bahan Termaju, Pusat Penyelidikan Mineral (CTBT, PPM) telah menjalankan aktiviti persampelan air sisa industri batik di Kuala Terengganu, Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan. Seramai 2 orang kakitangan CTBT dan seorang pelajar latihan industri terlibat dalam kerja lapangan ini.
Sampel telah diambil di Kilang Desa Murni dan pengusaha batik di Kraftangan Terengganu. Manakala di kota bharu, di Kilang Tarmizi Batik. Sampel air ini akan digunakan bagi projek manik penjerap air berwarna yg sedang dijalankan.

PEMBENTANGAN APLIKASI PEMANTAUAN UDARA YANG DIBANGUNKAN OLEH PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR

PEMBENTANGAN APLIKASI PEMANTAUAN UDARA YANG DIBANGUNKAN OLEH PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR
PUTRAJAYA, 20 MEI - Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) yang diketuai oleh Dr. Hj. Izhar Abadi Ibrahim Rais telah menghadiri satu sesi pembentangan bersama Jabatan Alam Sekitar Bahagian Udara.
Sesi pembentangan ini diadakan bagi memperkenalkan aplikasi pemantauan udara yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral.
Sesi perkongsian ini telah dipengerusikan oleh En. Ryaan Ooi Chean Weai, Ketua Seksyen Perlindungan Ozon. Turut hadir adalah pegawai dari Seksyen Penguatkuasaan dan juga Seksyen Kawalan Punca-Punca Pencemaran.

Aktiviti Persampelan Efluen Lombong di sekitar Bukit Besi

Aktiviti Persampelan Efluen Lombong di sekitar Bukit Besi
BUKIT BESI, 16 MEI – Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari, Pusat Penyelidikan Mineral (CTPLK, PPM) menjalankan aktiviti persampelan efluen lombong di sekitar Bukit Besi. Seramai 6 orang kakitangan CTPLK terlibat dalam kerja lapangan ini.
Satu taklimat berkenaan geologi kawasan ini juga telah disampaikan oleh ahli geologi pihak lombong. Penerangan ini memberi nilai tambah kepada penyelidikan rawatan saliran lombong berasid dan pemulihan sumber nadir bumi dari efluen lombong yang sedang dijalankan oleh pasukan penyelidik CTPLK.

Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.

Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.
IPOH, 13 – 14 Mei – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan satu Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada pegawai penyelidik, pembantu penyelidik dan 2 orang pelajar latihan industri.
Bengkel selama 2 hari ini bertujuan memberi pengenalan, pendedahan dan pengetahuan serta kemahiran kepada peserta terutamanya dalam mengendalikan dan memahami fungsi alat Shimadzu UV-1900.
Para peserta juga diberi peluang untuk menjalani latihan secara hands-on tentang kaedah mengendalikan alat dan menganalisis sampel. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Anisa binti Rashid dari Syarikat Shimadzu Sdn. Bhd.
Semoga ilmu daripada perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan PPM dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan.

Taklimat berkaitan alat UV-VIS Spectrophotometer

Taklimat berkaitan alat UV-VIS Spectrophotometer
IPOH, 27 FEB – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan taklimat berkaitan alat UV-VIS Spectrophotometer. Taklimat berkaitan profil syarikat serta peralatan saintifik yang ditawarkan telah disampaikan Cik Nur Syahira selaku Sales Engineer daripada Syarikat SHIMADZU Sdn. Bhd.
Seterusnya, perkongsian berkaitan tatacara pengunaan alat UV-Vis telah disampaikan oleh En. Yew Wooi Meng selaku Senior Application Chemist. Kakitangan PPM juga telah diberi peluang untuk menjalankan analisis secara hand-on bagi penentuan kandungan besi dan titanium dalam sampel yang disediakan.
Semoga ilmu daripada perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kakitangan PPM.