Para pelajar dari SMK Dato Abdul Rahman Yaakop Bota Kanan telah melakukan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Geologi. Lawatan ini berkaitan dengan mata pelajaran Geolografi yang bakal mereka tempuhi pada peperiksaan STPM disember nanti. Mulai tahun ini, terdapat perubahan pada silibus mata peljaran tersebut yang memerlukan mereka menjawab hal-hal berkaitan geologi dan bencana alam terutama hal kecerunan tanah dan tanah runtuh.
Majlis Tahlil Allahyarham Tn Hj Wahid Abd Rahman
Majlis Tahlil Allahyarham Tn Hj Wahid Abd Rahman telah selamat diadakan di Surau BPT pada jam 9.30 pagi tadi. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakan dari anggota keluarga BPT dan JMG Malaysia Perak. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Pereka Fesyen Giat Mara Gopeng Beraksi Di Muzium Geologi
Sekumpulan bakal pereka fesyen masa depan telah mengadakan satu lawatan ke Muzium Geologi pada 27 Jun 2013 yang lalu. Rombongan disertai oleh tiga tenaga pengajar dan 20 orang pelajar. Mereka merupakan para pelajar yang bakal mengakhiri program yang diikuti dan bakal mengadakan majlis graduasi di Lost World Of Tambun. Saksikan gelagat dan aksi mereka.
Terbuka Karom MBI sempena Jubli Perak MBI : KSKBPT Memberi Sokongan Padu
Sempena Jubli Perak Majlis Bandaraya Ipoh, satu pertandingan karom terbuka telah dianjurkan oleh Unit Penguatkuasa MBI. Dengan menyediakan hadiah wang terkumpul RM2500.00, pihak KSKBPT telah menyediakan satu pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan diadakan pada 29 Jun 2013, di Stadium Perak pada jam 9.00 pagi. Anjuran ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dari pelbagai jabatan, agensi dan pejabat swasta.
Khidmat Sosial St Nevil Ke Muzium Geologi
Syarikat Pelancongan St Nevil Ipoh telah melancarkan kempen khidmat sosial syarikat tersebut dengan mengadakan rombongan dari taska terpilih dadri Kampar untuk melawat tempat-tempat menarik di kawasan Ipoh dan Lenggong. Salah satu tempat yang dituju ialah Muzium Geologi Ipoh. Terdapat lima buah taska yang menyertai rombongan pada kali ini dengan setiap satu taska diwakili antara 10-15 orang murid.