Lawatan Peserta '6th International Workshop On The Fluvial Sediment Supply To The South China Sea'

IPOH, 28 November 2013: Pada hari ini, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menerima kunjungan peserta-peserta '6th International Workshop On The Fluvial Sediment Supply To The South China Sea'. Peserta-peserta lawatan telah dibawa untuk makan tengahari di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh.

Pada sebelah petang peserta-peserta telah dibawa ke BPT untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Chin Siew Yee dan En. Abdulah Sulaiman. Selepas itu mereka dibawa ke Muzium Geologi sebelum bertolak ke Gua Tempurung, Gopeng. Di Gua Tempurung, peserta-peserta telah diberi penerangan oleh En. Mohamad Hussein Jamaluddin, Pegawai Kajibumi Kanan.

Di akhir lawatan, peserta-peserta telah dibawa ke Restoran Waritha untuk menikmati makan malam di sana sebelum bertolak balik ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Written by : zahar