Gotong-Royong Mega Di JMG Kelantan

Pada 4 Jun 2013, JMG Kelantan telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk memperkemaskan suasana pejabat. Hampir kesemua kakitangan terlibat dalam aktiviti tersebut dengan suasana ceria dengan penuh semangat bekerjasama. Syabas diucapkan kepada yang terlibat dan terima kasih atas komitmen yang telah diberi untuk memperindah suasana pejabat.

Sumbangan JMG Kelantan Dalam Usaha Pemadaman Kebakaran Tanah Gambut di Kg. Beris Lalang, Bachok Kelantan.

26 Mac 2013 :  Jabatan Mineral Dan Geosains Kelantan telah dipanggil untuk membantu   Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kelantan bagi membekalkan air daripada telaga tiub dalam usaha memadamkan kebakaran tanah gambut di Kg. Beris Lalang, Bachok, Kelantan.

Kebakaran tanah gambut di kawasan ini adalah menjadi satu fenomena biasa terutamanya di musim kemarau. Pada musim panas dan kering, air takungan seperti air parit, taliair dan telaga cetek akan mengalami kekeringan dan bahan gambut yang terdiri daripada enapan Kuaterner sangat mudah terbakar disebabkan faktor geologinya yang terdiri daripada endapan bahan karbon/organik yang terurai dan lembut serta masih belum mengalami proses pembatuan. Kebakaran tanah gambut biasanya sangat sukar dipadamkan disebabkan pembakarannya melalui lapisan bawah permukaan dan sukar dilihat di atas permukaan kecuali terdapat asap yang terlepas keluar melalui celah dan retakan tanah. Keadaan ini sangat merbahaya dan boleh merosakkan kawasan yang luas dan memakan masa untuk mengawal dan memadamkannya.

Baca selanjutnya

Perhimpunan Bulanan JMG Kelantan Bil. 3/2013

Perhimpunan Bulanan JMG Kelantan Bil. 3/2013 telah berjaya diadakan dengan komitmen sejati oleh Pengarah JMG Kelantan (Tn. Hj. Ibrahim Amnan), Penganjuran TPGS (En. Ab. Rashid Ahmad), koordinator (En. Amir Mizwan), Pengerusi (En. Junor Yaacob) dan hampir semua pegawai dan kakitangan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sama seperti perhimpunan bulanan yang lain cuma kali ini ada sesi kecergasan iaitu sesi aerobik serta sesi pengucapan awam yang dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Feldspar Tingkat 9, JMG Kelantan pada sebelah petangnya.

 

Baca selanjutnya

Program Perhimpunan Bulanan JMG Kelantan Bil. 3/2013

Buat julung kalinya, JMG Kelantan akan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di satu taman rekreasi terkenal di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Taman Tengku Anis di Tanjung Chat, Kota Bharu.

Kawasan ini sangat terkenal dengan aktiviti keluarga dan riadah dengan pemandangan yang sangat cantik dan molek, sang rusa sambar menanti di kandangan, burung-burung berkicauan menyanyi senang, pohon-pohon hijau mengayau ditiup angin, sang arnab bersenang linang....

Tarikh yang dipersetujui Pengarah ialah pada 28 Mac 2013.. Sama-sama kita nantikan...

Berita Kematian Allahyarham Yusof bin Ismail

Sdr Yusof bin Ismail, Ketua Pegawai Kajibumi Cawangan Ekonomi Mineral, Ibu Pejabat JMG Kuala Lumpur telah kembali ke Rahmatullah pada Hari Sabtu 29 Disember 2012 bersamaan 15 Safar 1434 pada kira-kira jam 4.10 pagi. Jenazah telah dibawa pulang pada jam 7.00 pagi dan tiba di Kg. Dewan Beta, Salor, Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.00 petang. Arwah Yusof telah mengidap penyakit kanser kira-kira 2 bulan sebelum meninggal dunia.

JMG Kelantan bersama dua buah kenderaan berkesempatan mengiringi jenazah dari Gua Musang hingga ke Kota Bharu. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan kira-kira jam 6.30 petang.

Sama-samalah kita berdoa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh dan rohnya dicucuri rahmat. Seluruh warga JMG Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mengharapkan agar keluarga beliau bersabar menempuh dugaan ini.