KURSUS ASAS PEMANTAUAN AIR BAWAH TANAH

KURSUS ASAS PEMANTAUAN AIR BAWAH TANAH

6-8 JUN 2023 (Selasa-Khamis)

Unit Geosains JMG Kelantan telah mengadakan Kursus Asas Pemantauan Air Bawah Tanah pada 6-8 Jun 2023 (Selasa-Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan di lapangan Stor Kenderaan AKSB Pengkalan Chepa Kelantan. Peserta kursus yang terlibat adalah Pegawai Geosains, Pembantu Geosains dan kakitangan JMG Kelantan seramai 23 orang.

6 Jun 2023 (Selasa)

Pada sesi hari pertama, taklimat diadakan di bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan disampaikan oleh En. Zahidi Bin Hamzah (Pegawai Geosains JMG Kelantan). Peserta diberi pendedahan asas Pengenalan Sumber Air Bawah Tanah di Kelantan dan juga penerangan tentang perancangan pengukuran Paras Air Tanah dan pensampelan.

JMG Kelantan juga menjemput penceramah khas dari UKM iaitu Dr. Nur Shafina binti Roslan (Pensyarah Geologi UKM) untuk memberi taklimat asas pengenalan kepada Analisis Kimia & Punca Pencemaran Akuifer Air Bawah Tanah.

7 Jun 2023 (Rabu)

Peserta kursus di bawa ke lapangan untuk menjalankan latih amal mengenai Pengukuran Paras Air Tanah & Pensampelan. Amali ini adalah bertujuan supaya peserta lebih memahami dan mengetahui lebih jelas cara-cara merekod maklumat pensampelan air dan mengenalpasti kualiti air bawah tanah mengikut kesesuaian kegunaan. Pengukuran paras air diambil menggunakan alat Water Level, dan penyukat pH untuk bacaan pH. Antara rekod yang perlu dicatatkan ialah nombor daftar telaga tiub, tarikh sampel air diambil, paras air, masa, pH dan juga suhu serta lain-lain yang berkenaan.

8 Jun 2023 (Khamis)

Hari terakhir kursus, peserta telah diajar cara-cara penyediaan laporan teknikal jabatan mengikut analisis dan rekod yang diambil di lapangan.

 

#jmgkelantan#

Foto : Suhaidah Khalid

PERHIMPUNAN BULANAN & JAMUAN HARI RAYA JMG

PERHIMPUNAN BULANAN & JAMUAN HARI RAYA JMG

14 MEI 2023 (AHAD)

Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan beserta dengan Mesyuarat Bulanan JMG yang bertempat di JMG Kelantan pada 14 Mei 2023 (Ahad). Dikesempatan ini juga, JMG juga mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya.

 Majlis didahului dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan tuan pengarah, kemudian diteruskan dengan agenda-agenda yang lain. Majlis menyampaikan sumbangan kepada Puan Salwani Hasma binti Muhammed diatas kehilangan suami pada 23 April 2023 yang lalu. Warga JMG Kelantan mengucapkan takziah kepada beliau sekeluarga, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Marilah kita sama-sama sedekahkan ( Al-Fatihah).

Majlis juga menyampaikan hadiah hari lahir kepada Puan Anishah bt Jusoh dari Unit Pentadbiran.

Majlis diakhiri dengan menjemput semua warga JMG Kelantan untuk menjamu selera yang telah disediakan, sempena sambutan hari raya.

Majlis Jamuan Hari Raya dimeriahkan dengan para jemputan dari luar iaitu mantan-mantan JMG Kelantan dan diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir dan memenuhi jemputan kami.

 

Kredit Foto : Suhaidah Khalid

KARNIVAL ALAM KITA

KARNIVAL ALAM KITA

KARNIVAL ALAM KITA

 

11 & 12 Mei 2023

 

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menganjurkan sebuah Karnival Alam Kita pada 11 dan 12 Mei 2023 bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

 

Karnival dirasmikan oleh YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri NRECC. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang dua hari karnival itu berlangsung. YB Menteri NRECC juga sempat mengunjungi reruai Jabatan serta Agensi di bawah NRECC, termasuklah reruai Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan.

 

Reruai JMG Kelantan telah menyediakan beberapa aktiviti seperti Kuiz Roda Impian dan Aktiviti Mendulang. Tuan Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG Malaysia juga turun padang dalam menyokong usaha pasukan JMG Kelantan dalam karnival ini.

Syabas dan Tahniah kepada semua kakitangan JMG Kelantan yang terlibat.

 

Kredit foto : Suhaidah Khalid

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA
 
8 MEI 2023
 
Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan telah dijemput untuk menyediakan sebuah booth pameran sempena Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Ke 52 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 yang diadakan pada 08 Mei 2023 bertempat di Taman Eko Rimba Jeram Linang,Pasir Puteh.
 
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Turut serta dalam majlis ini adalah Encik Zaidi bin Daud, Pengarah JMG Kelantan.