MENGGALAK PERLOMBONGAN LOGAM DI SABAH

MENGGALAK PERLOMBONGAN LOGAM DI SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (12 FEBRUARI 2018) ISNIN : Satu perbincangan antara pihak yang berminat (dengan perlombongan) dari Australia dan JMG Sabah telah berlangsung selama sejam di Pejabat JMG Sabah (Bilik Mesyuarat Chormite).  JMG Sabah telah memberikan penerangan tentang proses perlombongan bermula dari tahap prospecting serta peranan agensi-agensi yang terlibat.  Tuan Pengarah JMG Sabah turut terlibat dalam perbincangan tersebut disamping pegawai-pegawai beliau iaitu En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa (Pegawai Geosains - Unit Lombong Pembangunan Lombong & Kuari) dan En. Cleafos Totu (Pegawai Geosains - Unit Sumber Mineral).

8c892a7d-643c-4d10-ae3e-9cf81b81c92e

Gambar di atas (pihak yang berminat dari Australia)

 

REUNION MANTAN JMG SABAH

REUNION MANTAN JMG SABAH

PUTRAJAYA (08 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, satu mesyuarat di NRE Putrajaya telah menemukan pegawai-pegawai ini, dan mereka  sempat merakamkan foto kenangan bersama (mantan-mantan JMG Sabah). Pegawai-pegawai ini dahulunya pernah berkhidmat di Jabatan Mineral dan Geosains Sabah. Dalam foto ini, En. Mohd. Yusop bin Ramli (Pengarah JMG Sabah), En. Jontih Enggihon (Pengarah JMG Selangor), En. Joanes Muda (Pengarah Negeri Sembilan/Melaka), En. Mohd Sari bin Hassan (Timbalan Pengarah Johor) dan beberapa orang lagi pegawai JMG Malaysia turut sama berada dalam foto ini. Sekian.