KOTA KINABALU, SABAH (19 FEBRUARI 2018) : ISNIN, Dikesempatan ini seluruh warga JMG Sabah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2018 buat kakitangan JMG Sabah khasnya yang merayakan dan buat seluruh warga JMG Malaysia amnya yang merayakannya. Dengan harapan semoga tahun ini, JMG akan terus gemilang di mata dunia.
PROGRAM LATIHAN PENGURUSAN BENCANA
KOTA BELUD, SABAH (15 FEBRUARI 2018) KHAMIS : Satu Program Latihan Pengurusan Bencana telah diadakan di Dewan Masyarakat Tun Said, Daerah Kota Belud yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 14hb. Februari (Rabu) dan 15hb. Februari(Khamis). Program ini dianjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Kota Belud.
MESYUARAT AKHIR PENYELARASAN PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KG. TIMBANG DAYANG DAN KG. DUDAR, KOTA BELUD
KOTA BELUD, SABAH (13 FEBERUARI 2018) : SELASA, Jawatankuasa program perasmian telaga tiub telah mengadakan satu mesyuarat di Majlis Daerah Kota Belud sekitar jam 2.30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh ADO En. Norsafi bin Hj. Dulah dan pengerusi bersama En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee selaku pengerusi bersama daripada Jabatan Mineral dan Geosains Sabah.
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROJEK RMK-11 BIL 1/2018
KOTA KINABALU, SABAH (13 FEBRUARI 2018) SELASA : Jawatankuasa Pelaksanaan Projek RMK-11 Bil. 1/2018 telah bermesyuarat pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Nephrite, Blok Kinabalu, JMG Sabah.
TINJAUAN KE TAPAK STOR BASE CAMP RANAU, JMG SABAH
RANAU, SABAH (12 FEBRUARI 2018) ISNIN : Ahli Jawatankuasa Penilaian Ruang Stor JMG Sabah telah membuat satu lawatan ke tapak stor di base camp Ranau susulan daripada mesyuarat jawatankuasa sebelum ini. Rombongan lawatan ini diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah JMG Sabah) selaku pengerusi jawatankuasa tersebut.