SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI DAN KAAMATAN JMG SABAH 2023

SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI DAN KAAMATAN JMG SABAH 2023
KOTA KINABALU, 19 MEI 2023 (JUMAAT) : Sambutan Raya Aidilfitri dan Kaamatan 2023 JMG Sabah telah diadakan pada 19 Mei 2023 hari Jumaat di Dewan Nephrite JMG Sabah.
 
Majlis dimulakan dengan Perhimpunan Bulanan Bil. 5/2023 dan diikuti dengan majlis perayaan. Walaupun hanya sebahagian warga JMG Sabah yang dapat hadirkan diri, majlis disambut dengan begitu meriah.
 
Majlis kali ini dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Makmal, JMG Sabah.
 
Kredit gambar : Encik Mujibuddin.
Sumber maklumat : FB Page JMG Sabah

PROGRAM LIBAT URUS PROJEK PEMBANGUNAN PRODUK GEOTAPAK GEOPELANCONGAN

PROGRAM LIBAT URUS PROJEK PEMBANGUNAN PRODUK GEOTAPAK GEOPELANCONGAN
KOTA MARUDU, 18 MEI 2023 (KHAMIS) : Program Libat Urus Projek Pembangunan Geotapak Sungai Baliajong sebagai Produk Geopelancongan (Pembangunan Geotrail) pada 18 Mei 2023 di Dewan Komuniti Kampung Tugudon, Tandek, Kota Marudu, Sabah.
 
Program telah dirasmikan oleh Pengarah JMG Sabah, Dr. Frederick. Turut hadir sama Timbalan Pengarah Geosains Puan Jenneth Cyril dan beberapa orang tetamu jemputan dari agensi dan jabatan lain seperti Lembaga Pelancongan Sabah, Muzium Sabah, Pejabat Daerah Kota Marudu dan Persatuan GeoGuide.
 
Sumber maklumat : FB Page JMG Sabah

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 8 TAHUN 2020 DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 8 TAHUN 2020 DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

KOTA KINABALU, 21 OGOS 2020 (JUMAAT) : Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 8 Tahun 2020 dan Sambutan Hari Kebangsaan dengan tema ‘Malaysia Prihatin’ telah diadakan di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu, Tingkat 1, JMG Sabah dengan kehadiran dianggarkan lebih kurang 20 orang kakitangan JMG Sabah. Selebihnya ada yang bekerja di luar pejabat dan menghadirkan diri dalam majlis tersebut secara dalam talian (Video Conference) menerusi sambungan ‘google meet’ JMG Sabah. Unit Geosains adalah penyelaras majlis perhimpunan pada kali ini.  

Tidak seperti majlis perhimpunan yang lepas, majlis kali ini adalah berbeza kerana bilangan yang hadir di Dewan Nephrite dihadkan kepada kira-kira 20 orang sahaja bagi mengikut garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan kerajaan dalam satu-satu perhimpunan.

Aturcara dimulakan dengan pegawai dan kakitangan mengambil tempat dan ketibaan Timbalan Pengarah Sumber Mineral (En. Wong Vui Chung@Webster Wong), Timbalan Pengarah Geosains (Dr. Frederick F.Tating), Timbalan Pengarah Makmal (Dr. Morius Bantas), Ketua Unit Pengurusan Maklumat (En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee), Ketua-ketua Aktiviti serta kakitangan JMG Sabah. Bagaimanapun,  Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah (En. Jontih Enggihon) hanya dapat mengikuti majlis tersebut secara ‘Video Conference’ sahaja atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. 

Majlis diteruskan dengan pembukaan nyanyian lagu NegaraKu dan Sabah Tanah Air Ku oleh warga JMG Sabah. Seterusnya bacaan doa telah dipimpin oleh En. Herorisan bin Paruka dan diikuti Taklimat SOP Keselamatan Covid-19 yang telah disampaikan oleh En. Khairun Nasir bin Moktar (Penolong Pegawai Keselamatan JMG Sabah) sebelum Perutusan daripada Pengarah JMG Sabah.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia mengenai status gerak kerja projek pembangunan masing-masing daripada Unit Sumber Mineral, Unit Geosains dan laporan lintas langsung daripada kakitangan yang sedang bekerja di lapangan. Sebelum majlis berakhir, sambutan hari lahir Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah (En. Jontih Enggihon) turut diraikan bersekali dengan kakitangan yang lahir dalam bulan Januari hingga Ogos dalam Tahun 2020. Beliau sangat terharu dan menyatakan bahawa sambutan hari lahir tersebut adalah sangat bermakna dan beliau sangat menghargainya. Beliau juga berbangga terhadap keseluruhan barisan kepimpinan warga JMG Sabah yang bertungkus lumus dalam mejayakan majlis perhimpunan bulanan dan hari kebangsaan tersebut. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga Tuan Pengarah kepada pihak pengajur majlis yang mana perhimpunan bulanan kali ini adalah sangat berbeza dan unik serta menyeluruh dari segi laporan aktiviti-aktiviti dalam dan luar pejabat dan perlu dikekalkan pada masa akan datang.

Dan sebelum majlis bersurai, lagu kebangsaan kemerdekaan Malaysia (Lagu Tanggal 31 Ogos) telah dinyanyikan dengan penuh semangat patriotisme warga JMG Sabah sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. Majlis telah berakhir kira-kira 12.30 Tengah Hari.

 

TINJAUAN TAPAK KE PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SESB, RANAU

TINJAUAN TAPAK KE PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SESB, RANAU

RANAU (6 OGOS 2020) : Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) telah menjemput beberapa agensi kerajaan dan swasta untuk bersama-sama melakukan tinjauan di tapak pembinaan bangunan baharu di Ranau, Sabah. Antara badan kerajaan yang turut serta semasa tinjauan tapak pembinaan bangunan SESB itu adalah Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah serta Universiti Malaysia Sabah (UMS). Keadaan cerun tidak stabil di tapak pembinaan bangunan SESB telah menjadi tumpuan kepada pihak luar termasuklah JMG Sabah untuk mengkaji kesesuaian tapak bangunan tersebut. Terdapat retakan dan rekahan tanah yang aktif di kawasan tapak pembinaan menyebabkan projek terbengkalai dan memerlukan khidmat nasihat teknikal dari kalangan ahli geologi yang pakar di bidang tersebut untuk menjalankan aktiviti kajian selanjutnya. Timbalan Pengarah Geosains (TPGS), Dr. Frederick Francis Tating bersama-sama dengan Encik Bailon Golutin (Pegawai Geosains Kanan) yang juga Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan serta dibantu oleh dua Pembantu Geosains iaitu Encik Ramle Kalaham dan Encik Herorisan Paruka telah bersama-sama meninjau di kawasan persekitaran tapak binaan berkenaan.

 

Diselia oleh : Bailon Golutin