BENGKEL ASAS PENYEDIAAN PETA SUMBER MINERAL NEGERI

BENGKEL ASAS PENYEDIAAN PETA SUMBER MINERAL NEGERI

Peta sumber mineral negeri ini memaparkan maklumat lokasi sumber mineral yang berpotensi untuk dibangunkan daripada hasil kajian JMG secara terperinci termasuk lokasi potensi unsur nadir bumi (NRREE). Taklimat asas penyediaan peta sumber mineral ini telah disampaikan oleh En. Iszaynuddin Abd. Hamid dan dibantu oleh Cik Hidayah Harin.

MESYUARAT PERANCANGAN KERJA-KERJA PENGGERUDIAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK ECER SUSULAN SGA

MESYUARAT PERANCANGAN KERJA-KERJA PENGGERUDIAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK ECER SUSULAN SGA

Satu mesyuarat pemajuan perkhidmatan penggerudian bagi kajian potensi zon anomali bijih besi telah diadakan di SK Punan, Kahang yang melibatkan penggerudian dua buah lubang dalam dengan kaedah wireline drilling berserta persampelan di Kahang, Daerah Kluang, Johor. Mesyuarat ini turut membabitkan sinergi daripada En. Yusari Bin Basiran, Tn. Hj. Nizarulikram bin Abdul Rahim, Tn. Hj. Noorazhar Ngatimin, Tn. Hj. Shari bin Ismail dan En. Zamzuri bin Ghazalee serta beberapa pegawai lain.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PENGLIBATAN PROGRAM MyGDI KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN PENGLIBATAN PROGRAM MyGDI KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah tersenarai sebagai penerima penghargaan penglibatan Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) sebagai Agensi Pembekal Data (APD) sempena Simposium Maklumat Geopastial Kebangsaan (NGIS) Ke-9 yang berlangsung pada hari ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Β 
Majlis penyerahan sijil penghargaan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) kepada YBrs. Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JMG

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA PUSAT BILANGAN 2 TAHUN 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA PUSAT BILANGAN 2 TAHUN 2023

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1 (TPM 1) turut hadir YBrs Dr TKP KEM untuk menyampaikan peranan JMG dlm pemantauan cerun kritikal, hotspot tanah runtuh dan program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan Community Led Disaster Risk Reduction (CLDRR) seluruh negara utk makluman mesyuarat yang telah berlangsung pada 17hb bertempat di Parlimen Malaysia.