𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐑𝐄𝐂𝐂 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟐𝟎𝟐𝟑

𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐑𝐄𝐂𝐂 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔  𝟐𝟎𝟐𝟑
Sekitar hari sukan NRECC bersempena Hari Sukan Negara, bertempat di perkarangan Wisma Sumber Asli, pada 14 & 15 Oktober 2023.
Acara-acara telah berlangsung dengan jayanya. Hadiah para pemenang pertandingan disampaikan oleh YBhg. Dato' Razali bin Mohamad, TKSU (Air dan Pembetungan) NRECC, serta tetamu kehormat dari Kelab Sukan dan Kebajikan NRECC, SUB BKP NRECC, FRIM, JMG dan SEDA.

TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MYGEMS) DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MYGEMS) DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
Satu taklimat berkenaan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) telah diadakan pada pagi ini di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
 
Taklimat ini telah disampaikan oleh para pegawai dari Cawangan Pengurusan Maklumat JMG yang diketuai oleh Tuan Hj Mohd Zulkiflee bin Che Soh. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan mengenai Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) yang telah dibangunkan oleh JMG.

LAWATAN TEKNIKAL KEMENTERIAN EKONOMI (KE) KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

LAWATAN TEKNIKAL KEMENTERIAN EKONOMI (KE) KE  PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
Satu lawatan teknikal Kementerian Ekonomi (KE) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) pada hari ini. Delegasi KE diketuai oleh YBrs. En. Che Kodir bin Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA), Kementerian Ekonomi.
 
Lawatan ini bertujuan memantau aktiviti-aktiviti R&D yang dijalankan di PPM. Di samping itu, ia juga sebagai platform bagi pegawai penyelidik untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada Kementerian dan Ibu Pejabat JMG tentang aktiviti-aktiviti R&D yang telah dan akan dijalankan di PPM.

LAWATAN KE PROJEK PERINTIS PERLOMBONGAN NON RADIOACTIVE-RARE EARTH ELEMENT (NR-REE), GERIK, PERAK

LAWATAN KE PROJEK PERINTIS PERLOMBONGAN NON RADIOACTIVE-RARE EARTH ELEMENT (NR-REE), GERIK, PERAK
Lawatan ini dihadiri oleh YBrs. Encik Che Kodir bin Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi, YBrs. P.Geol. Dr. Abdullah bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JMG, Pengarah-pengarah dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan JMG ke Tapak Lombong Project Perintis Ion-Adsorption Clay REE pertama di Malaysia.
 
MCRE Resources Sdn. Bhd. merupakan operator Lombong NR-REE dan mula beroperasi sejak September 2022 sehingga kini.
Taklimat ringkas berkenaan pengekstrakan lantanida jerapan ion secara larut resap in-situ (In-Situ Leaching) sehingga ke pemprosesan bijih untuk menghasilkan lantanida karbonat sebagai produk akhir telah diberikan dan ditunjukkan di lapangan.