10 Mac 2014, Satu lawatan tapak kebakaran tanah gambut di Kg. Kual, Bachok telah dilakukan oleh Pengarah JMG Kelantan, Tn. Hj. Che Abdul Rahman Bin Jaafar disertai oleh En. Ab Rashid Bin Ahmad (TPGS) dan Cik Ropidah Binti Mat Zain (Pegawai Geosains).
Kehilangan Rakan Setugas di JMG Kelantan
Dukacita dimaklumkan bahawa EN. SAMSUDIN BIN LELA (PEKERJA AWAM (R11)) dari JMG Kelantan telah kembali kerahmatullah pada petang Jumaat 7 Mac 2014 di Hospital HUSM Kubang Kerian. Jenazah telah siap di uruskan dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Teluk, Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada malam itu juga.
Pemadaman Tanah Gambut oleh JMG Kelantan
6 Mac 2014: Jabatan Mineral Dan Geosains Kelantan telah dipanggil sekali lagi untuk membantu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kelantan bagi membekalkan air daripada telaga tiub dalam usaha memadamkan kebakaran tanah gambut di Kg. Kual, Bachok, Kelantan.