Kehilangan Rakan Setugas di JMG Kelantan

Dukacita dimaklumkan bahawa EN. SAMSUDIN BIN LELA (PEKERJA AWAM (R11)) dari JMG Kelantan telah kembali kerahmatullah pada petang Jumaat 7 Mac 2014 di Hospital HUSM Kubang Kerian. Jenazah telah siap di uruskan  dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Teluk, Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada malam itu juga.

Didoakan semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta keluarga beliau menghadapi cobaan ini dengan penuh ketakwaan kepada Allah..Amiin

Marilah kita semua menghadiahkan Alfatihah untuk beliau.

JMG Kelantan telah kehilangan 2 kakitangan secara berturutan semenjak 2013 (ARWAH RAZIMI BIN AHMAD) dan juga 2014 (ARWAH SAMSUDIN BIN LELA), semoga JMG Kelantan masih kekal utuh dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang dengan penuh iltizam dan berkerjasam dalam menjayakan semua aktiviti yang dipertanggungjawabkan...

Saya mendapat makluman bahawa Pn NURNIWATI BINTI CHE OMAR (PEM. KAJIBUMI (C17))telah mengalami kemalangan semasa pulang drpd ofis kemarin (10/3/14) dan sedang menerima rawatan di HUSM. Di harapkan semua mendoakan beliau cepat sembuh..

Written by : JMG Kelantan